Walau pun aku tidak dapat berhari raya bersama keluarga di kampung sempena 1 syawal.. Namun bulan syawal inilah bulan yang paling menggembirakan diriku.
Banyak sebabnya mengapa aku cukup gembira dengan nikmat2 yang diberikan Allah kepadaku..
Peristiwa pertama :
Aku dapat mengucup tangan Yang Di Pertuan Agung iaitu Tuanku Mizan di Istana Negara.. dan Tuanku juga adalah cebisan dari keturunan Rasulullah dari Tokku Paloh dan Syaidina Hassan.Ia berlaku di hari pertama Syawal.
Peristiwa kedua :
Berlaku pada 18 Syawal dimana aku ke Medan Indonesia bertemu saudara disana bersama2 rakan sekerja ku merangkap rakan karib dan adik2ku seperti Hafiez dan Fariez.
di Medan aku bersama anak isteriku ke Air Terjun Piso-piso antara tempat yang paling aku kagumi ciptaanNya.Aku bagaikan kerdil di pancuran air terjun tersebut.Cukup Indah. Didalam perjalanan menuju ke Piso-piso, innova kami berhenti di sebuah Masjid Al Kamal di Sibolangit.Di sana ada seseorang yang menuju laju kepadaku hanya cuma untuk bersalam dengan diri seorang dan tidak dengan yang lain.Dilemparkan sebuah senyuman yang cukup menusuk kalbuku.setelah bersalam denganku beliau terus pergi tanpa berkata sesuatu apa pun.Subhanallah!!..
Semasa menuju ke rumah saudaraku yang bakal mengikat tali pertunangan dengan rakanku.. kami berhenti di sebuah warong.Didalam warong tersebut terdapat sebuah gambar lama.Kakek didalam gambar tersebut cukup tinggi ilmunya dengan kurniaan janggut berupa tulisan Allah.Subhanallah!!.
Peristiwa ketiga :
Berlaku pada 21syawal.. dimana aku dan keluargaku berkumpul untuk pembahagian harta pusaka Arwah Abah.seramai 15 adik beradikku yang hidup berhak didalm pembahagian harta pusaka tersebut.Alhamdulillah kami sekeluarga sepakat mengikut wasiat arwah abah tanpa sebarang halangan.Setelah selesai amanah tersebut maka kami bersama2 menuju ke perkuburan abah di Batu 6 Muar Johor.
Setelah itu kami pulang kerumah serta berkumpul di ruang dapur bersama2.dan biasalah kami adik beradik akan bermuzakarah tentang hal2 kematian serta dunia akhirat.
Alhamdulillah Abg Ngah dapat menerima anugerah yang Allah berikan kepadaku.. Ooo hari itulah hari paling menggembirakan hidupku.. kerana tiada lagi sebarang pertikaian ilmu lagi.. kami bertekad bersama2 berusaha menjadi insan yang diterima dan di rhedoi Allah kelak.. insya'allah.
Aku amat bertuah memiliki Arwah Abah dan ibu yang mempunyai ilmu agama yang setinggi ini... Alhamdulillah!!!!! tiada lagi yang harus aku ucapkan kecuali rasa kesyukuran dan sujudku pada Zat yang maha tinggi.
Wallahualam.
Wassalam.
Perjalanan hidupku adalah mengenai perjalananku sejak lahir kemuka bumi ini hingga waktu ini.
Isnin, 26 September 2011
Jumaat, 2 September 2011
Rhamadan dan Syawal
Akhirnya Syawal menjelma lagi... dan Rhamadan meninggalkan satu pengalaman yang cukup bermakna buat diri ku.
Aku amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada anak dan isteriku terus berada di mukabumiNya ini.Kalau tidak, aku pasti tinggal keseorangan kerana peristiwa di malam 29 rhamadan.
Peristiwa tersebut pasti akan menjadi satu titik sejarah buat diriku.
............................
Ketika tirai senja mula berlabuh dan azan maghrib mula berkumandang menandakan tanda waktu solat dan berbuka bagi orang2 yang sedang berpuasa rhamadan.. tiba-tiba ditaman perumahanku ketiadaan elektrik.Lalu kami pun berbuka didalam kegelapan senja. Tanganku mengapai sebatang lilin untuk mendapatkan sedikit cahaya untuk kami 3 beranak. Selepas berbuka puasa kami membawa lilin ke bilik atas.Setelah bersolat.. isteriku dan anakku baring di atas katil sambil bercerita sedangkan aku mendapat panggilan kerja kerana ada kerosakan di kawasan jagaanku.Aku agak berat untuk pergi bekerja pada malam itu.Tapi sudah namanya tugas.. aku wajib pergi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Aku mohon izin untuk kekerja dan membiarkan lilin menemani anak dan isteriku di kamar.Semasa aku turun dari tangga.. hatiku rasa tidak sedap hati.. dan gambaran kebakaran pasti menjelma namun aku tampal rasa kegusaranku dengan beristigfar sebanyak yang mungkin.
Dalam perjalanan ke tempat kerja di Damansara.. aku hubungi isteriku agar memadamkan lilin yang masih menyala jika mahu tidur.Isteriku menyatakan akan memadamkannya.Aku rasa lega di hati.Lalu aku boleh fokus pada kerja.
Namun setelah sejam berlalu.. tiba2 isteriku hubungi aku menyatakan dia bernasib baik kerana terselamat dari kebakaran.Aku mengucap panjang.
sewaktu kejadian, isteriku terlena sebentar setelah api mula membakar monitor komputer.Alhamdulillah.. kerana isteriku tersedar dan dengan pantas menarik langsir tingkap untuk memadamkan api yang mula nak membakar.Didalam usaha memadamkan kebakaran api terpercik kewajahnya yang meninggalkan sedikit parut kecil dan anak ku juga. Nasib baik api tidak menyambar kertas buku yang berhampiran.. kalau tidak.. aku pasti beraya keseorangan.
Setelah usaha memadankan api berjaya barulah isteriku hubungi aku ditempat kerja.
Aku menyuruh isteriku solat sunat syukur sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah yang telah memberi peluang kepadanya untuk hidup.
Alhamdulillah.. aku bersykur kerana isteri dan anakku selamat.Aku bersykur kepada Mu Ya Allah.
Dan komputer juga masih boleh digunakan.. tiada apa yang banyak terbakar.Kalau ada semuanya yang tidak penting.Alhamdulillah.
....................................................
Raya pertama.
Buat pertamakalinya aku tidak beraya bersama ibubapa sendiri atau mertua kerana terpaksa bertugas di Kuala Lumpur.
Selepas solat hari raya.. aku pulang kerumah bersama anakku dan mahu bersiap untuk ke Istana Negara.Kebetulan jiran sebelah rumah beraya di rumahku.Aku membawa anak jiran bersama ku untuk beraya di Istana.
Dan aku anak beranak dapat bersalam dengan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.Selepas ke Istana aku ke beraya di rumah Perdana Menteri.Dan temanku Hafiz datang kerumah ku untuk beraya kerana di juga bertugas dihari raya.
Tiada persiapan sebenarnya untuk berhari raya pada tahun ini.Cukup ala kadar sahaja.
Namun aku puas melayari Rhamadan dan permulaan syawal ini.
Malam tadi aku bermimpikan Abg Ngah.. Dia berkata waktu dia sudah hampir.. aku tersedar.dan Aku akan rhedo jika itu yang Allah mahukan.Dan yang pasti kita juga akan kembali kepadaNya..Rabbul Allamin.
kini aku berdua sahaja di opis bersama En Manivannan.. hehehe.
esok aku nak balik kampung.. utk beraya bersama ibu.. insya'allah.

Langgan:
Catatan (Atom)
Bila kalam berbicara ;
"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.