Selasa, 11 Januari 2011

persekolahan

Alam persekolahan cukup manis untuk dibuat kenangan.. tapi bagiku ia sudah berlalu terlalu lama.Kini anak ku Muhammad Taufiq sudah menjejaki alam persekolahan.Cukup mengujakan.tapi zaman kini tidak lagi seperti zaman dulu... semuanya sudah berbeza.
aku memasukkan anakku ke dalam sekolah Agama ABIM diwaktu pagi dan petang pula sekolah kebangsaan.

bila melihat anakku berpakaian seragam sekolah agama dan kebangsaan.. terus aku dibawa kembali kepada kenangan manis ketika aku menduduki alam persekolahan buat pertama kali.tapi kini aku jadi ayah pula.

anakku juga ku lihat teruja dan bersemangat untuk menemui rakan2 terbaru.

hari pertama memang cukup meletihkan anakku malah aku dan isteri turut rasa letih.
di sekolah agama.. anakku dimasukkan kedalam kelas peringkat asas..
sementara sekolah kebangsaan pula.. akan di adakan ujian khas untuk menentukan kelas.terdapat 6 kelas disekolah kebangsaan dimana satu kelas seramai 40 orang.(20 lelaki dan 20 wanita).

hari pertama pergi dan balik sekolah kami yang hantar dan ambil.
hari kedua.. anakku akan balik dari sekolah agama menaiki van sekolah untuk ke rumah ibu hawa.makan dan salin pakaian sekolah kebangsaan pula.
lepas tu naik van sekolah ke sekolah kebangsaan.balik kami akan ambil.

hari ketiga.. anak ku terjatuh di hempap rakan sekelasnya.tangannya tidak dapat digerakkan kerana sakit.tangan kidalnya.Sekolah kebangsaan ada seisi ujian tentukan kelaslah pula.
petang aku bawa anakku ke klinik untuk x-ray.Alhamdulillah tangannya hanya terdapat koyakan otot sahaja.
Doktor sarankan aku untuk bawa anakku berurut.

keesokkannya aku lihat anakku takut nak gerakkan tangannya.aku bawa pergi berurut.itu pun setelah puas pujuk dia huhuhu..

alhamdulillah tangan anakku dah pulih seperti biasa.
dan yang paling menggembirakan hatiku ialah apabila anakku berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pelajar darjah satu didalam kelas A.Ada 6 kelas kesemuanya.
semoga anakku kekalkan prestasinya.. insya'allah.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran