Selasa, 18 Januari 2011

Muzakarah di Muar

hajat di hati nak balik pada malam sabtu namun last minute aku dapat tahu bahawa aku ada kerja pada hari sabtu untuk test genset.so cancell nak balik kampung.
sabtu aku buat kerja sehingga jam hampir satu tengahari.Hatiku berat nak balik kampung lalu aku call isteri yang berada dirumah untuk persiapkan diri balik kampung.
maka akhirnya aku balikan kampung di Muar Johor.

sebelum balik aku sempat belikan anakku basikal kerana dah terikat dengan perjanjian dengannya.. hehehe.

semasa menuju ke Muar.. aku sempat sms sahabatku Uztaz Rosli Anak Pak Min.. try guna satelit nur tak berjaya hubungi lalu sms lah ikut zahir jek.. susah nak contact Uztaz Rosli ni.. ada halangan agaknya hehehe.. jarang sangat berjaya guna satelit nur.. yang lain ok pula.. tak hayat lah tu..
lastly dia pi mancing di kelong... patutlah tak hubungi aku.Nikmat rupanya!!

sampai di muar anak aku terus main basikalnya.Mak cukup gembira bertemu dengan anak bongsu lelakinya ni heheheh.. belum lama duduk dah banyak soalan bab-bab ilmu... huhuhu.. sib baik talian hayat berfungsi.. kalau tak.. meloponglah disoal tanpa jawapan.Alhamdulillah..

Aku terangkan mengikut talian hayat yang ada.. maghrib hampir menjelang.. so untuk mendalilkan kebenaran Ilmu maka aku offer berjemaah sama.
sebelum mula jemaah aku tafakur sebentar untuk dail ke zatullah..(doa lah tu).
lepas dapat 'hint' aku pun bangun dan anakku iqamat.

takbir bergema.. hilanglah dalam kesyaduan dan penyerahan kehadrat yang haq.

aku bawakan surah yassin dan arrahman..
setelah habis aku sulami dengan doa fateha bagi memantapkan aliran nur kehadrat makmum dibelakangku.aku lihat semua dah berjurai air mata termasuklah aku hehehe..
derai air mata bukan kerana dosa dan pahala.. derai airmata didalam kejiwaan yang amat tinggi didalam penyerahan kehadrat illahi.

selepas doa aku pun bersalam sambil mencium dahi dan pipi ibuku,kakakku,isteriku dan anakku yang aku kasihi.

lepas tu aku kebilik di ikuti isteriku.

'Alhamdulillah bang!.. hari ini lafaz surah abang cukup menggentarkan jiwa saya.. tegas dan menggoncangkan seluruh tubuh ini.. ditambah fateha yang cukup memberikan keinsafan dan makna solat'

aku lihat wajah isteriku.. aku senyum dan ucapkan 'alhamdulillah'.Abang pun tak tau.. ini semua suratan yang ditentukan Allah buat kita semua.

aku keluar dari bilik.. kak long berkata "terima kasih yah! baru ni terasa nikmat yang amat dalam.. tak pernah keluar airmata.. terasa gentar dan gementar masih melekat.. terutama di surah ArRahman.. dan fateha"

aku ucap Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang memiliki alam ini zahir dan batin.

Mak senyum melihat aku.. terasa kegembiraan dihatinya..

aku puas apabila amanah ini telah disampaikan.. amanah yang amat berat aku tanggung selama ini.. akhirnya terlerai didalam solat.Bertuahnya aku dapat ibu ini..

aku ajak mereka beli mee bandung dan menjamu di rumah abg salleh.
disana aku try sms abg adam.. abg adam segera datang apabila tau aku ada disitu..

maka kami bermuzakarah.. muzakarah yang amat menyentuh perasaanku.. saling bantu membantu.. saling faham memahami.. terutama dari ibu yang aku sanjungi selama ini..

ALHAMDULILLAH.. yang tidak terhingga kehadrat Allah yang aku cinta dan Muhammad yang aku kasihi.

...................................................................

Hari ini aku berjumpa Hj Ucop.. muzakarah lagi didalam kesempatan dan masa yang sedikit.Alhamdulillah.. sesungguhnya Aku ini terlalu kerdil disisiNya.

Wassalam.

Selasa, 11 Januari 2011

persekolahan

Alam persekolahan cukup manis untuk dibuat kenangan.. tapi bagiku ia sudah berlalu terlalu lama.Kini anak ku Muhammad Taufiq sudah menjejaki alam persekolahan.Cukup mengujakan.tapi zaman kini tidak lagi seperti zaman dulu... semuanya sudah berbeza.
aku memasukkan anakku ke dalam sekolah Agama ABIM diwaktu pagi dan petang pula sekolah kebangsaan.

bila melihat anakku berpakaian seragam sekolah agama dan kebangsaan.. terus aku dibawa kembali kepada kenangan manis ketika aku menduduki alam persekolahan buat pertama kali.tapi kini aku jadi ayah pula.

anakku juga ku lihat teruja dan bersemangat untuk menemui rakan2 terbaru.

hari pertama memang cukup meletihkan anakku malah aku dan isteri turut rasa letih.
di sekolah agama.. anakku dimasukkan kedalam kelas peringkat asas..
sementara sekolah kebangsaan pula.. akan di adakan ujian khas untuk menentukan kelas.terdapat 6 kelas disekolah kebangsaan dimana satu kelas seramai 40 orang.(20 lelaki dan 20 wanita).

hari pertama pergi dan balik sekolah kami yang hantar dan ambil.
hari kedua.. anakku akan balik dari sekolah agama menaiki van sekolah untuk ke rumah ibu hawa.makan dan salin pakaian sekolah kebangsaan pula.
lepas tu naik van sekolah ke sekolah kebangsaan.balik kami akan ambil.

hari ketiga.. anak ku terjatuh di hempap rakan sekelasnya.tangannya tidak dapat digerakkan kerana sakit.tangan kidalnya.Sekolah kebangsaan ada seisi ujian tentukan kelaslah pula.
petang aku bawa anakku ke klinik untuk x-ray.Alhamdulillah tangannya hanya terdapat koyakan otot sahaja.
Doktor sarankan aku untuk bawa anakku berurut.

keesokkannya aku lihat anakku takut nak gerakkan tangannya.aku bawa pergi berurut.itu pun setelah puas pujuk dia huhuhu..

alhamdulillah tangan anakku dah pulih seperti biasa.
dan yang paling menggembirakan hatiku ialah apabila anakku berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pelajar darjah satu didalam kelas A.Ada 6 kelas kesemuanya.
semoga anakku kekalkan prestasinya.. insya'allah.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran