Rabu, 15 Ogos 2012

Nukilan Sajak

Yang ku nafi ilusi insani
Yang ku isbat jiwa robbani
Yang tercela nafsu haiwani
Yang terpuji syuhud tauhidi.

Hina celaka nafsu ammarah
Tiada disembah melainkan hawa
Hayat terpisah jasad merana
Tersangka panas petir memanah.

Mulia agung nafsu mutmainnah
Tiada dipegang melainkan hauqolah
Nafas dihirup dari yang satu
Kerna yang ada hanya itu.

Bingung minda sang lawwamah
Mendaki gunung sambil meraung
Ingin mengenal rahsia sang pencipta agung
Apakan daya jiwa lesu dan lemah.

Pabila memegang tanpa tangan
Pabila berjalan tanpa kaki
Pabila bertafakkur tanpa otak
Pabila merasa tanpa lidah
Kala itu kalbu merindu.

Yang dinafi dan diisbat hanya satu
Tiada yang maujud melainkan cinta nan padu
Molek amal cantik iman
Natijah wujud hakiki nan ihsan

Isnin, 16 Julai 2012

Umrah 2012

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana ana telah selesai menjadi tetamuNya pada tahun ini. Segalanya berjalan lancar.. Banyak yang ana pelajari dari Umrah kali ni... subhanallah!!! apa yang di rancang selalunya tidak akan menjadi.. tetapi penyerahan tetap diteruskan.. kerana perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Ujian Di Madinah.. Ana membawa 2 orang sahabat yang bersungguh2 untuk mengetahui ilmu hakikat.. background depa pun bagus2.. namun Allah lebih maha mengetahui apa yang ada di hati mereka.. Senario sebelum ke tanah suci.. depa berdua telah diberi pelbagai petunjuk dan hidayah dari Illahi.. namun apabila sampai di tanah suci hanya seorang sahaja yang dapat mengekalkan niat di hati sedangkan seorang lagi telah menimbulkan fitnah yang besar buat ana.. masya'allah.. Walau bagaimana pun ana bersyukur kehadrat illahi dan ana serahkan segala2nya pada illahi kembali.. sesungguhnya itu semua adalah ujian buat ana. apa yg terjadi hanya menguatkan keimanan ana didalam 'illahi anta maqsudi, wa rhedoka mathlubi..' di Mekah ana banyak habiskan waktu dengan membaca kitab suci.. banyak yang ana dapat pelajari didalam bentuk penyerahan kehadrat illahi. subhanallah!! subhanallah!!subhanallah!! Umrah kali ini, didalam Tahzan.. banyak yang ana perolehi.Alhamdulillah!! wassalam.

Isnin, 26 Mac 2012

AlKisah

Assalamualaikum buat Umat Muhammad yang dikasihi Allah..

sudah lama jari ini tidak menari di atas keyboard.. so hari ni saya ambil sedikit masa yang terluang untuk mencatatkan sedikit sembang diruang ini.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah.. didalam ujian2 yang diberi oleh Allah.. ketenangan masih lagi tersemat... Subhanallah!!!

Insya'allah pada bulan Jun nanti saya akan berangkat ke Kota Madinah lagi.. betapa rindu pada kota yang ibarat kampung halaman saya itu... rindu untuk bersua dengan Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita umatnya..

Bukan mudah meniti titian sirat di dalam kenyataan yang bernama kehidupan ini..
selalu khilaf yang kita dapat dari kebenaran yang dijunjung..

walau bagaimana pun.. usaha,doa dan tawakal itulah senjata bagi orang mukmin.
semakin lama meniti perjalanan kerohanian ini.. semakin kurang untuk kita berbicara..
melihat,mendengar dan melaksanakan dengan kudrat serta iradat bukanlah sesuatu yang enteng dari berbicara..

ramai orang mudah berbicara tetapi dari perlaksanaannya agak kurang..

kali ini saya akan ke kota madinah dan seterusnya ke kota Mekah bersama seorang sahabat yang baru pertama kali akan menjejaki tanah suci.. semoga Allah memudahkan perjalanan kami nanti.. insya'allah.

cukuplah buat masa ini.
wassalam.

Isnin, 20 Februari 2012

Nukilan dari sahabatku.

Aku MencintaiMu

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku.
Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu.

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?

Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu.Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan...

Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi

Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa.

Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku.

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu?
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu.

Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.

Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?

Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya. Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Jumaat, 10 Februari 2012

Bermula Episod Baru

Assalamualaikum buat semua umat Muhammad yang dikasihi Allah!

Tahun 2011 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan pahit dan manis... dan bermulalah perjuangan baru didalam episod baru di tahun 2012 ini.

Semoga tahun baru ini akan memberikan impak,ilham,ilmu dan sebagainya buat panduan untuk kita berjalan di mukabumi Allah ini dengan tenang dan istiqamah didalam mengingati asma Allah.

dah lama tidak menulis.. terasa kekok jari-jari ni.. hehehe..

oklah buat masa ni
wassalam.

Khamis, 29 Disember 2011

catatan terakhir 2011 sebelum ke 2012

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepadaku untuk menulis.Errr.. apa yang harus aku ucapkan duluan yach?..
yups.. Bismillahirrahmanirahim... innalillahiwainnaillahirojiun...
Subhanallah..Hasbunallahuwaniqmalwakil..

Errmm.. kekok pula nak menulis setelah sekian lama berdiam diri atas kesibukan diatas hamparan dunia Tuhan ini.

1st.. Esok aku akan ke Medan untuk menjadi wakil keatas sahabatku Mohd Hafiez bagi melamar seorang permaisuri hatinya disana.Aku akan pergi bersama isteri kesayanaganku sertakedua ibubapa mertuaku.Aku tak tau apa yang harus aku ucapkan nanti didalam majlis disana nanti.. huhuhu..

2nd.. Anakku telah selamat berkhatan pada 3hb December 2011..

3rd.. Alhamdulillah.. penyakit angin pasangku beransur pulih setelah berurut dengan seorangpakcik di Kajang..(pak Yob).

tahun 2011 banyak meninggalkan peristiwa2 yang cukup menguja diriku.
Isteriku baru keluar dari ward kerana demam panas selama 4 hari... Alhamdulillah isteriku tabah melaluinya dengan kerhedoan..

Tentang ilmu...!!
tahun 2011 banyak yang Allah telah mengajar aku berkenaan ilmuNya yang amat luas itu.. Subhanallah!!!

oklah.. cukuplah buat masa ni.
wassalam.

Selasa, 22 November 2011

Teruskan perjalanan

Alhamdulillah, aku masih seperti dulu, kecuali fizikalku tidak secergas dulu.. almaklumlah umur semakin meningkat.

Aku bersyukur kehadrat Allah yang telah memberikan kenikmatan hidup didunia ini.. baik kenikmatan itu pada hakikat kebaikan atau keburukan.. ia tetap dipanggil nikmat kehidupan.Melalui perjalanan yang merentasi ilmu Allah.. banyak pengalaman yang harus ditimba.

Dan aku bersyukur, setelah menjadi tetamu Allah pada ibadah Haji Tahun 2009.. aku sekali lagi menjadi tetamunya untuk ibadah Umrah tahun 2011.Subhanallah!!
walaupun pada hakikat dunia aku tidaklah mencapai anugerah yang tinggi namun aku tetap bersyukur kehadratNya. Mungkin rezeki aku untuk menjadi tetamu Allah.

2011 telah membawa dimensi baru aku didalam perjalanan ilmu ini.setelah pulang bersama sahabat2ku dari kota Mekah dan Madinah ke Malaysia.. aku ke Medan Indonesia untuk ketemu saudaraku disana bersama sahabat2ku yang lain terutama Hafiez yang bakal jadi orang Medan.. insya'allah.

Anakku telah menginjak usia 7 tahun dan sudah mula perlahan2 mengenal erti kehidupan seorang pelajar.Insya'allah pada bulan depan(december) aku berniat untuk menyunatkan anakku.Dan kalaulah di izinkan Allah.. aku ingin menunaikan Umrah bersama2 anak dan isteriku pada tahun 2012.. insya'allah.

Aku bersyukur kerana punya abang dan kakak yang mendalami ilmu agama. Dari mereka aku dapat belajar satu persatu mengenai perjalanan hakikat ini.Alhamdulillah..

walaupun jauh disudut hati aku.. aku belum mendapat satu hal yang dimiliki kebanyakkan orang.. namun aku tetap bersyukur kehadrat Allah.. Dari Allah aku datang dan kepada Allah jua aku akan kembali.insya'allah!!

cukuplah setakat ini aku berbicara,semoga di hari lain akan punya ruang lagi untuk berkongsi kisah disini.

Wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran