Jumaat, 29 Mei 2015

Umrah 2015

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik aku memasuki pertengahan 2015.. dan baru sahaja selesai Umrahku yang kali ke ???
Ermmm... sudah lama aku tidak menukilkan apa apa berita didalam blogku ini...
Namun begitu.. hajatku untuk membawa bondaku ke tanah suci akhirnya terlaksana... syukur alhamdulillah... Segala Puji Bagi Mu Ya Allah!!!

Tahun lepas aku sempat berbakti kepada bapa mertuaku yang telah meninggal dunia setelah sebulan kembali ketanah air dari melaksanakan Umrahnya tahun lepas.
Dan tahun ini aku dapat berbakti kepada bondaku yang aku sanjungi dan sayangi.

banyak yang ingin ku nukilkan dan ku kongsikan pengalaman manisku di Kota suci Mekah dan Madinah kali ini buat tatapan sahabat2ku..

nantilah.. bila sampai waktunya dan ruang masanya.. insyaaAllah ana akan bernukil lagi.

sekian buat masa ni.

Jumaat, 5 Disember 2014

5/12/14

Alhamdulillah... 2 hari lepas, aku mendapat perkhabaran yang amat menggembirakan hatiku.
Niat aku untuk membawa ibunda tercinta menunaikan ibadah umrah hampir terlaksana.Aku jual 100 gram emas sebagai wang perbelanjaanku bersama ibunda tercinta.Project 2015 insyaaAllah.

Aku bercadang duduk di hotel hilton Mekah yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi memudahkan aku membawa ibundaku yang berusia 86tahun.

Dan berita gembiraku ialah emas 100g telah terjual dan cukup untuk aku menampung perbelanjaan kami berdua.2 orang kakakku juga akan ikut sama dengan perbelanjaan sendiri.

Esok 6/12/2014 aku akan pergi ke pejabat Andalusia di kampung Pandan untuk menempah tiket penerbangan. Sasaranku tetap pada date di bulan Rejab atau bulan May Tahun depan.

Semoga usahaku ini di berkati Allah hendaknya.InsyaaAllah.

Selain kami.. sahabat2 sepengajian ilmu juga ramai yang turut serta cuma mungkin duduk di hotel yang berlainan.Dan Abg Ngah kesayanganku juga mungkin akan turut serta.. insyaaAllah.

Syeikh Rosli, Tn Hj Maskor dan beberapa sahabat2ku juga akan turut serta.. semoga Umrah tahun depan akan meninggalkan kenangan yang amat bermakna bagi kami serta mendapat segala petunjuk dan hidayah dari Allah Azza wajjallah.

..........................................................................................................................................


Hari ini, di opis tak ramai orang kerana rakan-rakan sibuk bercuti hujung tahun.
Malam ni, isteriku nak pulang ke kampung halamannya.. aku tidak dapat turut serta kerana bekerja.

Ibu mertuaku yang sering berselisih pendapat denganku... namun aku tetap menyayanginya seperti mana aku menyayangi ibundaku walaupun aku di pandang sesat bagi pandangan matanya.

Aku tidak menyalahkan ibu mertuaku kerana dia tidak mengerti perjalanan yang aku lalui.
Walau pun Allah telah membuktikan kebenaranku berkali-kali kepadanya, namun apabila sampai satu ketika ia sukar menerimanya.Benarlah hidayah itu milik Allah.Hanya Allah yang boleh memberikan petunjuk dan hidayah pada seseorang sedangkan makhluk tidak mampu untuk memberikan hidayah kecuali hanya menyampaikan ilmu mengikut landasan AlQuran dan AlHadith.


Isnin, 21 Julai 2014

Selesai sudah Umrah pada tahun 2014 ni..

Bersama dengan isteri tersayang serta seorang anak dan ibubapa mertua memang satu kenangan yang amat manis.

Ziarah ke Makam Rasul SAW kali ni, banyak meninggalkan satu nostalgia indah..

Mekah dah banyak yang berubah wajah... tidak seperti tahun pertama aku menjejakinya..
Dulu tiada bangunan tinggi dan hotel umpama jalan-jalan di lorong2 berbatu.Tapi kini tiada apa lagi itu semua.. Hotel-hotel menjulang langit terutama hotel2 yang berada berhampiran Kaabah seperti di zam2 tower.

Malah jika lihat dari jendela hotel.. Kaabah pula menjadi kecil.. maka benarlah sabda2 baginda Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW bahawa Mekah di zaman akan datang penuh dengan bangunan pencakar langit.Subhanallah!!! adakah ia tanda2 kiamat semakin hampir???

Ayah Mertua yang teristimewa.

Ayah Mertua ku Hj Ismail Hj Taib seorang yang penyabar dan lurus orangnya.
Mungkin dia sering salah sangka dengan ku kerana perwatakkanku bukanlah seperti orang yang pakai serban hihihiik..
Tapi bila bicara bab ilmu agama.. aku seolah-olah tahu itu dan ini.. bila bab khilaf.. sering aja aku orang yang alpa.. kerana perwatakkan aku sendiri berlawanan dengan perwatakkan orang yg mengaji ilmu agama... namun itulah hakikatnya.

ayah mertuaku duduk satu bilik hotel denganku.. sementara isterinya berada di bilik lain..
Sewaktu berada bersamaku.. ayah mertuaku sering melepaskan atau meluahkan perasaannya kepadaku tentang anak2... dan akulah menjadi pendengar yang setia.

Di Madinah.. aku sering membawa ayah mertuaku yang ku anggap seperti ayah kandungku ke Masjid Nabawi.Mungkin ibadah umrahku kali ini berliku berbanding dengan umrah yang biasa aku lakukan di tahun2 yang lalu.Dengan Visa yang lambat serta penundaan tarikh pergi serta pertukaran penerbangan cukup menguji kesabaranku.Namun aku tetap yakin dengan Allah yang telah mengaturkan perjalanan yg terbaik buatku serta keluarga.

Aku banyak mengajar ayah mertuaku di Madinah.. dan sempat juga membawanya di perkuburan Baqi'..

Ayah mertuaku teringin memasuki Rhaudah... namun tiap kali mahu ke Rhaudah.. orang terlalu ramai dan berhimpitan.. aku sendiri tidak membenarkan ayah mertuaku memasuki Rhaudah kerana kesihatannya kurang memuaskan... aku tidak tahu kali ini untuk memasuki Rhaudah terlalu sukar.
Lalu aku memasuki sendiri ke Rhaudah secara sendirian... Eehh!! mudah pula... aku pelik kenapa tiap kali aku mahu membawa ayah mertuaku sering menemui kesukaran lalu saat aku bersendirian di Rhaudah.. lalu aku munajat ke hadrat Allah agar memudahkan ayah mertua ku.. malah aku sanggup memberikan sebahagian keistimewaan yang Allah berikan kepadaku kepada ayah mertuaku.. aku tak dapat masuk ke rhaudah pun tak mengapa asalkan ayah mertuaku dapat memasukinya..

Alhamdulillah.. selesapas waktu Asar.. aku mendapat tanda kebenaran dari illahi untuk membawa ayah mertuaku.. sampai di sempadan rhaudah(di bahagian belakang rhaudah).. aku berkata dengan ayah mertua ku.. "Abah!.. masuk sahaja abah di dalam Rhaudah.. sudah ada tempat yang kosong di sediakan Allah buat Abah... Abah terus solat sunat 2 rakaat.. dan berdoalah didalam sujud.. jangan tamak dengan tempat yang Allah sediakan.. selepas habis 2 rakaat.. terus menuju ke makam.. saya tak boleh temankan Abah... lepas Abah solat.. saya akan masuk ke Rhaudah.. ingat yer Abah!"
Ayah mertuaku pun masuk kedalam rhaudah...

Memang benar!!! tempat abah memang dah tersedia .. tempat yang luas dan berhampiran Mihrab Rasullullah SAW... Subhanallah!!! Jika fikir dengan akal fikiran... memang tak logik tempat tersebut kosong.. tapi itulah kebesaran Allah yang mengkehendakiNya.
Selepas Abah bersolat aku pun masuk kedalam Rhaudah seperti biasa.. memang tanpa halangan.
Aku juga bersolat berhampiran Mihrab Rasulullah SAW.. aku bersolat syukur.. malah butiran manik airmataku jatuh kesyukuran.

Itulah kenangan...

Banyak peristiwa yang membuatkan aku rindu pada ayah mertuaku.

Buat pengetahuan... ayah mertuaku telah meninggal dunia di Hospital Sungai Petani pada 3 syawal.
2 bulan selepas pulang dari umrah.

Selasa, 24 Disember 2013

Assalamualaikum buat sahabat2 yang tidak jemu menunggu hasil nukilan terbaru ana di dalam ruangan sempit ini.

Perjalanan masih lagi jauh... dunia semakin hari semakin tua dan menuju kejalan akhir.
Persoalannya.. adakah kita telah persiapkan segala yang wajib untuk mengadap yang Maha Pencipta?

Aku baru pulang makan bersama sahabatku Hj Ucop di Restoran Anis Pantai Dalam.
Sudah lama tidak bertemu.. almaklumlah.. tugas dunia sering membataskan pertemuan itu berlaku.

Aku amat menyayangi sahabat2ku yang sejalan dan seiring... menyusuri liku-liku kehidupan.. mengutip bersama-sama secebis ilmu buat bekalan menuju yang khalik.

Alhamdulillah.. Abg Ngah telah menerima 2 orang sahabat baru iaitu Abg Aziz dan Abg Hamzah.. usianya dalam lingkungan 50an ke atas.

Aku pernah bertemu dengannya... sambil bersembang bab ilmu... sambil bersama-sama menyusuri pantai ilmu yang amat luas... kadangkala dapat melihat gelombang lautan ilmu yang menghempas sisir2 pantai sehingga terasa renjisan2 kewajah ini.

Mmmm... aku tidak tahu apa yang harus aku nukilkan lagi didalam blog ini...

Nasihat??? siapalah aku untuk menasihati...
Berkongsi ilmu??? Ilmu yang ada pun masih lagi tidak mencukupi..



siapalah aku untuk ini semua...

Mungkin sudah sampai masanya untuk aku bersendiri melayari lautan ilmu yang luas.
Mungkin.... tetapi.. aku harus dan wajib menyampaikan apa itu yang hak bagi mereka agar mereka tidak tersesat didalam sinar ilmu.

..........................................
...........................................
.........................................



Ilmu berlalu bagai Bayu..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.. segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi.. zat yang maha unggul yang tidak pernah berubah dan sentiasa unggul dengan sendirinya.

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menjadikan makhluk untuk tunduk dan taat padaNya..

Dan janganlah sesekali memalingkan wajahmu kehadrat Illahi setelah segala petunjuk dan hidayah yang datang menggamit segenap penjuru.. dan alangkah ruginya apabila wajah itu berpaling dari paksi kebenaran.. maka segala petunjuk dan hidayah akan berlalu bagaikan angin bayu yang menyapa sesekali.


Selasa, 7 Mei 2013

Daulah Islamiah di Bumi Malaysia.

Negara kita baru sahaja selesai demam pilihan raya yang menentukan hala tuju pimpinan Negara..
Dan akhirnya pimpinan lama juga yang kekal menerajui Malaysia.
Tahniah buat pimpinan di bawah Dato Sri Najib Abd Razak..

Namun apa yang lebih menarik didalam pilihan raya ini.. terdapat kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan.Ia bagaikan satu isyarat atau siren peringatan buat Parti Barisan Nasional yang selama ini telah begitu lama kekal di tampuk kekuasaan.
Di harap pucuk pimpinan dapat melihat dengan jelas dan mendengar isyarat atau siren dari rakyat ini serta berusaha memperbaiki jentera yang ada agar dapat memuaskan hati rakyat.

Persoalannya mengapa ini berlaku???

1. Negara selama ini banyak menekankan kemajuan negara, malah dapat di lihat bagaimana negara ini di kenali di seluruh dunia akan kepesatan pembangunannya namun dari segi kerohanian rakyat negara ini jauh ketinggalan.Lihat bagaimana pengajian agama islam di sebuah negara islam bagaikan kelas nombor 2 berbanding pengajian ilmu dunia yang lain.Pengajian pondok-pondok yang mengajar ilmu tasauf islam serta sekolah2 pengajian AlQuran (al Tahfiz) tidak mendapat tempat di hati pimpinan negara.Kita boleh lihat bagaimana ramai pelajar2 Tahfiz terpaksa mengemis memohon bantuan bagi membangunkan sekolah-sekolah Tahfiz.Ini kerana tidak adanya bantuan dari pihak berkaitan dalam hal ini.

2. Rakyat sudah muak melihat betapa anak muda tenggelam didalam dunia sosial.

3. Ketidakadilan didalam pilihanraya kali ini jelas dilihat di Internet2 secara live melalui you tube.Ini menunjukkan kelemahan SPR.

4. Betapa rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi.. nak makan di luar mahu pun restoran pun rakyat terpaksa menanggung cukai.

5. Barang atau bahan mentah naik mendadak yang menekan kehidupan rakyat.

6. Penipuan didalam perniagaan sehingga barang yang boleh di beli sekadar RM 5k menjadi RM19k...

7. Harga Rumah yang terlalu mahal.. sehingga memaksa rakyat tidak selesa serta harga tol yang tinggi.itu belum masuk harga kereta.Termasuk harga bekalan eletrik.

Kenapa ini semua berlaku??? jawapannya mudah... kita tidak mempunyai seorang pemimpin selayak khalifah-khalifah Islam yang hebat.Dimana seorang pemimpin wajib menghafal AlQuran... seorang pemimpin yang benar2 menghidupkan sunnah-sunnah Nabi... malah seorang pemimpin yang boleh menjadi imam di masjid2.

kalau ada pun yang memperjuangkan agama... ia terletak sebagai ahli pembangkang di dalam sebuah negara Islam.
Na'uzubillah....

Alangkah indahnya.. jika negara kita mempunyai seorang pemimpin yang tidak ada rasuah.. hidup dengan kesederhanaan... dan menjalankan tanggungjawab dan amanah berlandaskan AlQuran dan Al Hadith...
Kalau ini benar2 terjadi.. maka sudah pasti Daulah Islamiah di Bumi tercinta Malaysia ini akan terdiri.
atau adakah ia hanya sebuah mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan??

Walau bagaimana pun... ana tetap mendoakan agar pimpinan yang sedia ada dapat mengubah cara hidup dan melaksanakan amanah Allah ini dengan tunduk dan tawadduk.

wassalam.



Isnin, 18 Mac 2013

Assalamualaikum semua...

Syukur kehadrat Allah... sejak 2 menjak ni, kesihatan tidak memberansangkan.. alhamdulillah, hari ini kesihatan agak sihat untuk ana menukilkan tulisan2 di dalam blog ini.
Dulu pernah ana bicara tentang 2 orang pemuda yang beria-ia nak mengetahui bab ilmu hakikat malah merayu untuk belajar dari ana... Namun ana tidak nampak kesungguhan mereka malah ana pernah di fitnah oleh salah seorang dari mereka yang dulu merayu bagaikan nak rak untuk mempelajari ilmu hakikat..

Setelah Allah memberikan banyak hidayah dan petunjuk kebenaran sama ada dari pandangan zahir mahupun pandangan batin.. tiba-tiba salah seorang dari mereka berpaling..

tiada apa pun yang merugikan kecuali mereka yang teramat rugi...

seorang lagi... tidak nampak kesungguhan malah tidak langsung menjaga tertib seseorang yang yang ingin belajar dengan pembimbingnya.Ana benar-benar rasa kecewa... namun mungkin Allah telah memutuskan ujian itu untuk ana... maka ana rhedo didalam ujian yang diberikan Allah kepada ana.

Alhamdulillah salah seorang sahabat ana(zafran) semakin istiqomah didalam perjalanannya.. walau ada sedikit tempang didalam penghayatan namun secara keseluruhannya dia seorang yang istiqomah.. mungkin dia akan memahami setelah jauh didalam perjalanan nanti.

maka ana serahkan yang seorang itu kepada zafran... maka dengan ini ana tidak memikul tanggungjawab lagi untuk menyampaikan bab ilmu kepadanya.. maybe kepada sesiapa... hihihik..

lega rasanya bila dapat melepaskan beban-beban dibahu ini... walau pun ramai yang ingin belajar.. ana rasa.. ana tak mampu untuk menyampaikan... kalau ada pun.. maybe ana saring selama yang mungkin sebelum menerimanya...

setakat ini ada 3 hingga 4 orang yang memujuk ana agar mengajar... namun setakat ini.. biarlah ana sendirian menghayati sendiri..

wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran