Khamis, 25 Oktober 2012

Ujian itu nikmat

Firman Allah " Tidak akan dikatakann seseorang itu beriman selagi tidak di uji"

Untuk membuktikan kita ini beriman dan bertaqwa disisi Allah, sudah tentu kita akan di uji terlebih dahulu.Ujian2 ini wajib dilalui manusia bagi membuktikan keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah.

Apabila di uji.. adakah kita mampu menyelesaikan setiap ujian2 tersebut?
Allah itu maha adil dan saksama.. DIA akan memberi ujian kepada hamba-hambaNya yang layak di uji mengikut ketetapan2 yang telah di tentukanNya.

Kelemahan manusia adalah bisikan2 Iblis/syaitan/nafsu yang ada pada diri masing2.
Sering kali manusia itu gagal didalam ujian bukan kerana manusia tidak mampu mengharungi ujian2 Allah.. tetapi tewasnya manusia itu adalah kerana mudah terpedaya dengan bisikan2 halus yang hadir pada hati mereka.

Ketika perang Badar berakhir maka datanglah seorang sahabat Nabi lalu berkata kepada Nabi Muhammad SAW.." Ya Rasulullah!, adakah peperangan yang lebih hebat selepas dari peperang badar ini?"
Maka Rasulullah SAW menjawab "Ada ya sahabatku!"
"apa kah di wahai Rasulullah?"
"peperangan yang hebat adalah jihad didalam diri kamu sendiri"..

Maka jihad didalam diri ini adalah satu peperangan yang lebih hebat dari peperangan dunia 1 mahupun ke 2 atau yang bakal berlaku peperang dunia ke 3.

Mengapa begitu?
kerana selagi manusia tidak dapat mengawal dirinya maka peperangan di dunia pasti tidak dapat di elakkan.
peperangan dunia terjadi kerana kegagalan manusia berjihad didalam dirinya.
Subhanallah!!

Jadikan setiap ujian itu satu nikmat.apabila kita mendapat ujian dan tukarkan ujian itu satu nikmat maka kita pasti akan sentiasa berada didalam golongan orang2 yang bersyukur serta rhedo.

wassalam.


Rabu, 26 September 2012

Ziarah Bonda

20/09/12 Jam 8 malam di Restoran BRJ Alam Damai

Hari tersebut aku bagaikan digerakkan untuk bertemu teman baikku Syeikh Rosli bersama jirannya Abg Aziz.

Malam jumaat.

Kelihatan Syeikh Rosli bersama jirannya menuju meja makan diluar restoran mamak.
Jirannya melemparkan senyuman dan aku bersalaman dengan Syeikh Rosli.
Jirannya tiba2 berkata pada Syeikh Rosli " aku suka cara kawan kau ni, brutal dan relaks serta bersahaja jek.. "
Aku sekadar tersenyum melihat gelagat Abg Aziz(jiran Syeikh Rosli)
"Kau ni.. dah tak goyang dah.. tapi masih jauh.. kalau kau buat wirid 2 jam.. aku ingat kau ni cepat sampai.."
kata2nya ditujukan kepadaku.

Aku tetap tersenyum dan mendengar celotehan Abg Aziz.
setelah puas dia berkata dan mendiamkan diri, aku pun mula menyoal dengan satu soalan bonus dan mudah.

"Mmmm.. tadi abg kata saya perlu wirid/zikir? semua orang boleh berzikir dengan lidah dan bertalik kehati.. tetapi tidak ramai yang dapat mendalilkan zikirnya dalam bentuk penzahiran.. sedangkan Allah berfirman berkenaan diriNya iaitu 'wa awallu wa akhiru,wa zahiru wa bathinu' dimana dialah yang awal,dialah yang akhir,dialah yang zahir dan dialah yang batin.... jadi persoalannya... ketika abg berzikir didalam mengingatinya.. for example.. zikir itu seperti kalimah subhanallah(Maha Suci Allah).. berjuta kali pun kita mengucapkan dgn lidah zikirullah.. Allah itu tetap suci.. jadi bagaimana abg nak dalilkan Allah itu benar2 suci didalam keadaan zahir?"

Abg Aziz terdiam.. "berat juga ni.. soalan kau ni menggegarkan diri aku lah.."

Aku tersenyum..

Malam itu banyak yg kami perbicarakan sehingga jam hampr 3 pagi.. baru aku pulang.


21/9/12

Aku Urgent Leave.. balik kampung melawat bonda tersayang.
sampai kampung dalam jam 4 petang. Abg Uda menyambut kepulanganku.Ada Kak Long dan Kak Uteh.
Aku terus berjumpa Mak yang sudah nampak uzur.Batuknya masih belum hilang.Demam.
Aku cuba tarik panas Mak masuk kedalam tubuhku.. Alhamdulillah.
Tapi panas mak akan datang balik.Lastly aku pula yg kena recover diri aku sendiri hehehe.

Maghrib kami berjemaah yang mana Abg Uda selaku imam. Seronok apabila berjemaah bersama adik beradik yang telah sekian lama tidak dilakukan.
Mak tersenyum gembira apabila mendengar anak2nya berjemaah.

Esoknya pula Abg Adam pula jadi Imam.. Subhanallah.. Berimam dengan Abg Adam mengingatkan aku Arwah Abah kerana gaya bacaan A.Adam persis Arwah Abah.Dan solat Isyak aku pula jadi imam..

25/9/12
jam 9 mlm aku bawa anak isteriku balik ke Muar kerana Mak dimasukkan kedalam hospital Muar.
Aku sayu melihat mak yang di masukkan air.Aku sampai ke Hospital jam 11:30mlm.
Mak tersenyum melihat aku.. Aku suka melihat senyuman Mak.
Mak banyak memberikan aku nasihat ilmu perjalanan hakikat.
Mak!! anak mak ini dah rhedo dengan ketentuan Allah..

wassalam.

Rabu, 15 Ogos 2012

Nukilan Sajak

Yang ku nafi ilusi insani
Yang ku isbat jiwa robbani
Yang tercela nafsu haiwani
Yang terpuji syuhud tauhidi.

Hina celaka nafsu ammarah
Tiada disembah melainkan hawa
Hayat terpisah jasad merana
Tersangka panas petir memanah.

Mulia agung nafsu mutmainnah
Tiada dipegang melainkan hauqolah
Nafas dihirup dari yang satu
Kerna yang ada hanya itu.

Bingung minda sang lawwamah
Mendaki gunung sambil meraung
Ingin mengenal rahsia sang pencipta agung
Apakan daya jiwa lesu dan lemah.

Pabila memegang tanpa tangan
Pabila berjalan tanpa kaki
Pabila bertafakkur tanpa otak
Pabila merasa tanpa lidah
Kala itu kalbu merindu.

Yang dinafi dan diisbat hanya satu
Tiada yang maujud melainkan cinta nan padu
Molek amal cantik iman
Natijah wujud hakiki nan ihsan

Isnin, 16 Julai 2012

Umrah 2012

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana ana telah selesai menjadi tetamuNya pada tahun ini. Segalanya berjalan lancar.. Banyak yang ana pelajari dari Umrah kali ni... subhanallah!!! apa yang di rancang selalunya tidak akan menjadi.. tetapi penyerahan tetap diteruskan.. kerana perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Ujian Di Madinah.. Ana membawa 2 orang sahabat yang bersungguh2 untuk mengetahui ilmu hakikat.. background depa pun bagus2.. namun Allah lebih maha mengetahui apa yang ada di hati mereka.. Senario sebelum ke tanah suci.. depa berdua telah diberi pelbagai petunjuk dan hidayah dari Illahi.. namun apabila sampai di tanah suci hanya seorang sahaja yang dapat mengekalkan niat di hati sedangkan seorang lagi telah menimbulkan fitnah yang besar buat ana.. masya'allah.. Walau bagaimana pun ana bersyukur kehadrat illahi dan ana serahkan segala2nya pada illahi kembali.. sesungguhnya itu semua adalah ujian buat ana. apa yg terjadi hanya menguatkan keimanan ana didalam 'illahi anta maqsudi, wa rhedoka mathlubi..' di Mekah ana banyak habiskan waktu dengan membaca kitab suci.. banyak yang ana dapat pelajari didalam bentuk penyerahan kehadrat illahi. subhanallah!! subhanallah!!subhanallah!! Umrah kali ini, didalam Tahzan.. banyak yang ana perolehi.Alhamdulillah!! wassalam.

Isnin, 26 Mac 2012

AlKisah

Assalamualaikum buat Umat Muhammad yang dikasihi Allah..

sudah lama jari ini tidak menari di atas keyboard.. so hari ni saya ambil sedikit masa yang terluang untuk mencatatkan sedikit sembang diruang ini.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah.. didalam ujian2 yang diberi oleh Allah.. ketenangan masih lagi tersemat... Subhanallah!!!

Insya'allah pada bulan Jun nanti saya akan berangkat ke Kota Madinah lagi.. betapa rindu pada kota yang ibarat kampung halaman saya itu... rindu untuk bersua dengan Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita umatnya..

Bukan mudah meniti titian sirat di dalam kenyataan yang bernama kehidupan ini..
selalu khilaf yang kita dapat dari kebenaran yang dijunjung..

walau bagaimana pun.. usaha,doa dan tawakal itulah senjata bagi orang mukmin.
semakin lama meniti perjalanan kerohanian ini.. semakin kurang untuk kita berbicara..
melihat,mendengar dan melaksanakan dengan kudrat serta iradat bukanlah sesuatu yang enteng dari berbicara..

ramai orang mudah berbicara tetapi dari perlaksanaannya agak kurang..

kali ini saya akan ke kota madinah dan seterusnya ke kota Mekah bersama seorang sahabat yang baru pertama kali akan menjejaki tanah suci.. semoga Allah memudahkan perjalanan kami nanti.. insya'allah.

cukuplah buat masa ini.
wassalam.

Isnin, 20 Februari 2012

Nukilan dari sahabatku.

Aku MencintaiMu

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku.
Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu.

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?

Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu.Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan...

Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi

Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa.

Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku.

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu?
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu.

Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.

Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?

Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya. Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Jumaat, 10 Februari 2012

Bermula Episod Baru

Assalamualaikum buat semua umat Muhammad yang dikasihi Allah!

Tahun 2011 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan pahit dan manis... dan bermulalah perjuangan baru didalam episod baru di tahun 2012 ini.

Semoga tahun baru ini akan memberikan impak,ilham,ilmu dan sebagainya buat panduan untuk kita berjalan di mukabumi Allah ini dengan tenang dan istiqamah didalam mengingati asma Allah.

dah lama tidak menulis.. terasa kekok jari-jari ni.. hehehe..

oklah buat masa ni
wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran