Rabu, 5 Julai 2017

Penghujung Tahun 2016 adalah amat mencabar buat aku dan kaum familyku...
Pulang dari Tanah Suci,aku tidak berapa sehat dan di masukkan kedalam Hospital gara-gara radang paru-paru.dalam masa yang sama bondaku tercinta pula terjatuh di dapur dalam rumah kakak sulungku.

Aku masih ingat lagi... bonda jatuh pada waktu subuh hari Rabu sementara aku di tahan dalam ward pada pagi Rabu jam 10 pagi.
Perasaanku bercampur baur ketika itu... jasadku lemah terbaring di katil ward... hatiku bagaikan meronta mahu pulang kekampung melihat bonda tercinta namun apakan daya kerana situasiku yg terlantar tidak mengizinkannya.

Aku di rawat dengan baik di KPMC Kajang.
air dah masuk berbotol botol di tambah ubat antibiotik yg di cucuk kedalam tanganku.

aku di tahan sehingga hari Ahad.. hatiku pada hari Ahad tidaklah begitu ceria...
ketika aku mendapat berita bondaku terjatuh.. aku sempat berbisik kepada isteri tersayangku..
" ia hanyalah asbab sahaja... aku x sempat berjumpa mak"
itu sahaja yg terluah di mulutku.

Dan ternyata telahan ku benar belaka.. kerana ketika aku mendapat berita boleh keluar hospital dalam jam 6 petang.. ketika itu juga aku dapat khabar dari kampung bahawa bonda tercintaku telah di jemput illahi.Tiada airmata dari ku...kerana aku sudah bersedia utk menghadapinya.

Urusanku di hospital agak lama... sehingga jam 9 malam baru boleh keluar setelah segala urusan tentang insuran selesai.

dalam keadaan yg longlai... aku memandu kereta menuju kampung halaman.

.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
noktah.

Selasa, 10 Januari 2017

Alhamdulillah.. Tahun Baru 2017 menjelma jua.. Namun Tahun baru islam sudah menjelma awal di hujung tahun 2016.

Azam? tiada azam kerana Azam tetap sama seperti tahun tahun yg lepas.. hihiii

sudah lama tak menulis.. rasa kekok pun ada...

oklah.. apa yg perlu ana kongsikan???


flashback tahun 2016 yang begitu banyak dugaan yg ana tempuhi...

29hb November 2016 hingga 10hb December 2016 ada saat-saat yg cukup mengujakan.
kerana apa? kerana ana dapat sekali lagi menjejaki kaki ketanah suci.

2 minggu sebelum tarikh penerbangan 29hb.

ana begitu sibuk menyiapkan diri utk ketanah suci.. walau pun sudah beberapa kali ana pi.. ana tetap teruja utk bersiap sedia.
Namun 2 minggu ini juga ada di timpa penyakit buasir tahap 3.. betapa seksanya ana bertarung melawan penyakit ini.. pi klinik.. pi tabib china.. semua tak jalan.. duit pula berhabis.
berat ana 60kg turun 48kg...(sampai pakai pampers la)

alhamdulillah.. isteri ana banyak berkorban utk menjaga ana.. subhanallah..

di sebabkan penyakit buasir ini, persiapan ana tergendala.. sehingga lagi 3 hari ana akan berlepas.. akhirnya isteri ana menjumpai ubatnya hanya di farmasi sahaja.. ubat tersebut yg di beri nama despile.. setelah makan dalam 3 hari.. buasir ana menyusut dan ana sudah boleh duduk.. best gak pakai pampers sbb lembut hihihihi..

Alhamdulillah.. Allah masih menjemput ana ke tanah suci.. semasa di dalam penerbangan.. Alhamdulillah ana sudah mulai selesa.

Sampai di bumi Madinah..

ana pergi kali ni dengan family yg besar.Ada 5 orang kakak ana yg boleh menjaga ibunda tercinta.
dan ada 2 org abang yg ikut serta.Isteri,anak dan ibu mertua serta adik ipar dan adik kpd ibu mertua.
Sahabat baik ada 2 orang..

kami sampai di bumi Madinah dalam waktu isyak... urusan imigresen agak lewat sedikit.. kami sampai di hotel dalam jam 11 mlm.. selepas usai meletakkan beg kedalam bilik hotel.. ana mmbawa mak mertua,adiknya,adik ipar,anak dan isteri utk menziarahi Makam Rasulullah SAW... ibu mertua dan adiknya akan ikut isteri ana.. dan ana terus berjumpa dgn Rasullullah saw di Makamnya.setelah berjumpa.. ana terus memasuki Rhaudah dgn mudah.. yang peliknya malam kami sampai.. malam itu Rhaudah hanya utk ana dan family ana(lelaki).. x ramai orang seolah olah Rhaudah itu untuk ana dan group family ana.Subhanallah.

Malam esoknya Rhaudah spt biasa menjadi penuh.

Alhamdulillah kesihatan ana terkawal di Madinah.. dan ana boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

ok kita sambung lagi.

Jumaat, 13 November 2015

Pertemuan


Abg Aziz... sahabat kepada Syeikh Rosli.Bekerja sebagai 'Jaga' di sebuah Perumahan Perguruan di kawasan Cheras.Dulu Abg Aziz adalah seorang kontraktor perumahan yang bergaji agak lumayan juga.Namun apa yang menarik kepada Abg Aziz ini ialah... ia lebih meminati pelajari ilmu yang berkaitan agama.Dia berhenti hanya kerana tidak dapat beramal di waktu malam.Lalu dia bekerja sebagai seorang 'Jaga'.

Waktu mudanya, Abg Aziz seorang yang mempunyai ilmu kebatinan dan persilatan.Malah layak menjadi guru didalam bidang persilatan... dan pernah mempunyai ramai murid.
Namun kini Abg Aziz keseorang didalam sebuah pondok dan ketika semua orang tidur di waktu malam... Abg Aziz akan berzikir didalam pondok tersebut.
Abg Aziz punya kelebihan melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.

Suatu hari Abg Aziz bertemu Syeikh Rosli yang kebetulan tinggal di perumahan perguruan tersebut.
setelah berkenalan seketika.. Abg Aziz terus menegur Syeikh Rosli perihal agama dan menasihati Syeikh Rosli agar tidak berpura-pura didalam ilmu agama. Setiap persoalan yang di berikan oleh Abg Aziz akan membuatkan syeikh Rosli buntu untuk menjawabnya.Lalu Syeikh Rosli mengadu hal denganku.

Aku terasa teruja untuk menemui Abg Aziz... manalah tau.. dapat menimba ilmu darinya...atau pun dapat berkongsi ilmu.

Maka pertemuan pun di aturkan di Restoran BRJ Cheras.
Aku hanya berpakaian seluar Jeans dan t'shirt serta memakai sarung kepala ala rappers...
Apabila ia nampak sahaja aku.. dia tersenyum dan berkata dia kepada Syeikh Rosli

" Hah!!! Lie... kawan kau ni lagi hebat dari kau... cahaya dia lagi kuat dari kau... cuma sikit je lagi... kalau di beri zikir yang betul ni.. aku jamin dalam 2 jam sahaja.. Dia lagi bertambah power"..

Aku hanya diam sambil tersenyum melihat bebelan Abg Aziz.
Abg Aziz pun bersalam dengan aku sambil berkata :
"aku suka cara kau... bersahaja dan relaks... "
selagi lagi aku senyum.

Abg Aziz terus membebel dan menasihati aku dari setiap sudut... bercerita berkenaan zikir dan sebagainya..
Dalam hatiku.... Aku menerima segala nasihatnya serta pengetahuannya tentang ilmu Allah ini.
Namun bagiku apa yang diceritakan olehnya adalah perkara yang dah bertahun lamanya aku lalui.

Jadi aku cuba menguji sejauh mana pengetahuannya tentang zikir lalu aku pun berkata ..

"Abg... Abg memang suka berzikirkan...Alhamdulillah.. tetapi kan Abg... Zikir dalam bahasa kita adalah ingat... zikirullah itu adalah Mengingati Allah... seperti apa yang Allah beritahu kita didalam AlQuran,sesungguhnya Mengingati Allah itu penting dari segalanya."

Abg Aziz mendengar dengan tekun dan kusyuk.

"Baiklah.. saya ambil contoh zikir Subhanallah... maksudnya Maha Suci Allah... , Jika abg zikirkan Subhanallah ini berjuta kali sekali pun.. Allah tetap sedia dengan kesuciannya... Tak perlu di ucap dan dilafazkan pun.. Allah tetap dengan kesucianNya... jadi... yang dikatakan zikir ini yang bagaimana?"

Abg Aziz terlopong mulutnya.. cuba memahami tentang zikir dari sudut pandanganku.

"Ni lain daripada yang lain ni... sesuatu yang baru aku tau... eh!! tadi cahaya kau lain.. ni bertambah pula... kau ni lain dari yang lain... "

Aku hanya melihat karenah Abg Aziz...
Aku datang hanya untuk menimba ilmu tapi sebaliknya...huhuhuhu..

Dan perbualan kami semakin menarik berkenaan zikir... zikir yang tak berlafaz dan berbunyi... zikir yang bukan sekadar zikir sahaja.Malah perbualan kami sehingga kepada topik ilmu yang lebih berat berkenaan Asma Allah... kematian.. bagaimana berkasih dengan Allah dan sebagainya.

Abg Aziz mohon bantuan dari ku untuk mengubati anaknya....
hahahahaha... kesitu akhirnya.
"Saya mohon maaflah Abg Aziz... tapi bagi saya... Abg Aziz sendiri boleh mengubati anak abang tu dengan bacaan Yassin 7 Mubin... " saranku.

"Benarlah!!.. Arwah Guru aku dulu pernah beritahu tentang keistimewaan bacaan Yassin ni.. tapi aku tak confident... sebab masa tu aku sendiri terumbang ambing.." balasnya.

"Macam nilah... Abg Aziz suruh Syeikh Rosli bawa Abg Aziz berjumpa dengan gurunya.." saranku lagi.

"Tapi Rosli tak beritahu pun tentang gurunya.."

"Abg Aziz soallah dia.. siapa gurunya.."

"Rosli.. siapa guru kau li?" soal abg aziz kepada Syeikh Rosli.

"Pembimbing saya adalah Abg kepada sahabat saya ni lah.." jawab Syeikh Rosli.

"Hawau kau... patutlah adik dia pun bagus... adik kepada seorang guru rupanya... tak sia-sialah aku jumpa kau... tak dapat jumpa abang pun tak apa... aku dapat jumpa adiknya.."

aku hanya ketawa kecil dan tersenyum melihat olah Abg Aziz.

Sejak dari itu kami jadi kawan baik... Apa yang aku lihat... Abg Aziz yang aku gelar Pak Mustar adalah seorang yang konsisten dalam amalannya berbanding aku.. malah Pak Mustar mempunyai kelebihan Kasyaf... cuma belum sampai kepada Kasyaf Kubro je.

sementara aku tak ada apa2 kelebihan pun.. alhamdulillah.. kalau ada pun.. aku sendiri tak tahu ...

wassalam.
Assalamualaikum semua...

Kembali bersua di laman cyber ini..
Masa bergerak dengan pantas dan meninggalkan segala peristiwa di belakang kita..
dan yang tinggal hanyalah kenangan sahaja..

10/11/15

Ibunda tercinta sahabat ana iaitu Syeikh Hj Yusof.. telah kembali kerahmatullah dalam usia 81 tahun.
Ana dapat berita pun terlewat kerana kebetulan ana terlewat bangun dari tidur.Selepas subuh selalunya ana akan lelapkan mata sebentar namun hari tu, ana terlajak laris sampai jam 9 pagi..
message sampai jam 7 namun ana dapat melihat jam 8...

kelam kabut juga bangun dan mandi serta seterusnya hubungi sahabat2 lain.

Setelah berkeadaan bersih ana mencapai baju t'shirt putih serta seluar jeans codroi camel lalu mencapai kunci kereta MYVI.hanya sempat meneguk secawan teh yg dibuat oleh isteri tersayang.
Ana pun pecut dengan kelajuan 120km/j untuk ke Ampang.
dalam satu jam perjalanan(jalan jem) ana pun sampai ke sebuah perumahan Town House di belakang zoo negara.Sudah ramai orang menziarahi jenazah buat kali penghabisan.

Sahabat2 ana pun sudah ramai yang sampai.Berjumpalah ana dengan abang2 Syeikh Hj Yusof... berpelukan Arab lah kami.

Setelah memandikan jenazah, jenazah di bawa ke surau untuk solat jenazah.Dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan kampung berkenaan.

Ana sendiri mengusung jenazah ke dalam liang lahad.Ana sempat melihat wajah jenazah...
Subhanallah!!! beginilah wajah seorang yang beriman dengan Allah... cantik sungguh jenazahnya dengan dagu yang runcing.

Ana berjumpa Abg Din dan berborak seketika untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

Semoga Ibunda kepada Syeikh Hj Yusof di rahmati Allah dan diletakkan di dalam golongan orang2 yang beriman disisi Allah swt.Inn Shaa Allah.


Jumaat, 29 Mei 2015

Umrah 2015

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik aku memasuki pertengahan 2015.. dan baru sahaja selesai Umrahku yang kali ke ???
Ermmm... sudah lama aku tidak menukilkan apa apa berita didalam blogku ini...
Namun begitu.. hajatku untuk membawa bondaku ke tanah suci akhirnya terlaksana... syukur alhamdulillah... Segala Puji Bagi Mu Ya Allah!!!

Tahun lepas aku sempat berbakti kepada bapa mertuaku yang telah meninggal dunia setelah sebulan kembali ketanah air dari melaksanakan Umrahnya tahun lepas.
Dan tahun ini aku dapat berbakti kepada bondaku yang aku sanjungi dan sayangi.

banyak yang ingin ku nukilkan dan ku kongsikan pengalaman manisku di Kota suci Mekah dan Madinah kali ini buat tatapan sahabat2ku..

nantilah.. bila sampai waktunya dan ruang masanya.. insyaaAllah ana akan bernukil lagi.

sekian buat masa ni.

Jumaat, 5 Disember 2014

5/12/14

Alhamdulillah... 2 hari lepas, aku mendapat perkhabaran yang amat menggembirakan hatiku.
Niat aku untuk membawa ibunda tercinta menunaikan ibadah umrah hampir terlaksana.Aku jual 100 gram emas sebagai wang perbelanjaanku bersama ibunda tercinta.Project 2015 insyaaAllah.

Aku bercadang duduk di hotel hilton Mekah yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi memudahkan aku membawa ibundaku yang berusia 86tahun.

Dan berita gembiraku ialah emas 100g telah terjual dan cukup untuk aku menampung perbelanjaan kami berdua.2 orang kakakku juga akan ikut sama dengan perbelanjaan sendiri.

Esok 6/12/2014 aku akan pergi ke pejabat Andalusia di kampung Pandan untuk menempah tiket penerbangan. Sasaranku tetap pada date di bulan Rejab atau bulan May Tahun depan.

Semoga usahaku ini di berkati Allah hendaknya.InsyaaAllah.

Selain kami.. sahabat2 sepengajian ilmu juga ramai yang turut serta cuma mungkin duduk di hotel yang berlainan.Dan Abg Ngah kesayanganku juga mungkin akan turut serta.. insyaaAllah.

Syeikh Rosli, Tn Hj Maskor dan beberapa sahabat2ku juga akan turut serta.. semoga Umrah tahun depan akan meninggalkan kenangan yang amat bermakna bagi kami serta mendapat segala petunjuk dan hidayah dari Allah Azza wajjallah.

..........................................................................................................................................


Hari ini, di opis tak ramai orang kerana rakan-rakan sibuk bercuti hujung tahun.
Malam ni, isteriku nak pulang ke kampung halamannya.. aku tidak dapat turut serta kerana bekerja.

Ibu mertuaku yang sering berselisih pendapat denganku... namun aku tetap menyayanginya seperti mana aku menyayangi ibundaku walaupun aku di pandang sesat bagi pandangan matanya.

Aku tidak menyalahkan ibu mertuaku kerana dia tidak mengerti perjalanan yang aku lalui.
Walau pun Allah telah membuktikan kebenaranku berkali-kali kepadanya, namun apabila sampai satu ketika ia sukar menerimanya.Benarlah hidayah itu milik Allah.Hanya Allah yang boleh memberikan petunjuk dan hidayah pada seseorang sedangkan makhluk tidak mampu untuk memberikan hidayah kecuali hanya menyampaikan ilmu mengikut landasan AlQuran dan AlHadith.


Isnin, 21 Julai 2014

Selesai sudah Umrah pada tahun 2014 ni..

Bersama dengan isteri tersayang serta seorang anak dan ibubapa mertua memang satu kenangan yang amat manis.

Ziarah ke Makam Rasul SAW kali ni, banyak meninggalkan satu nostalgia indah..

Mekah dah banyak yang berubah wajah... tidak seperti tahun pertama aku menjejakinya..
Dulu tiada bangunan tinggi dan hotel umpama jalan-jalan di lorong2 berbatu.Tapi kini tiada apa lagi itu semua.. Hotel-hotel menjulang langit terutama hotel2 yang berada berhampiran Kaabah seperti di zam2 tower.

Malah jika lihat dari jendela hotel.. Kaabah pula menjadi kecil.. maka benarlah sabda2 baginda Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW bahawa Mekah di zaman akan datang penuh dengan bangunan pencakar langit.Subhanallah!!! adakah ia tanda2 kiamat semakin hampir???

Ayah Mertua yang teristimewa.

Ayah Mertua ku Hj Ismail Hj Taib seorang yang penyabar dan lurus orangnya.
Mungkin dia sering salah sangka dengan ku kerana perwatakkanku bukanlah seperti orang yang pakai serban hihihiik..
Tapi bila bicara bab ilmu agama.. aku seolah-olah tahu itu dan ini.. bila bab khilaf.. sering aja aku orang yang alpa.. kerana perwatakkan aku sendiri berlawanan dengan perwatakkan orang yg mengaji ilmu agama... namun itulah hakikatnya.

ayah mertuaku duduk satu bilik hotel denganku.. sementara isterinya berada di bilik lain..
Sewaktu berada bersamaku.. ayah mertuaku sering melepaskan atau meluahkan perasaannya kepadaku tentang anak2... dan akulah menjadi pendengar yang setia.

Di Madinah.. aku sering membawa ayah mertuaku yang ku anggap seperti ayah kandungku ke Masjid Nabawi.Mungkin ibadah umrahku kali ini berliku berbanding dengan umrah yang biasa aku lakukan di tahun2 yang lalu.Dengan Visa yang lambat serta penundaan tarikh pergi serta pertukaran penerbangan cukup menguji kesabaranku.Namun aku tetap yakin dengan Allah yang telah mengaturkan perjalanan yg terbaik buatku serta keluarga.

Aku banyak mengajar ayah mertuaku di Madinah.. dan sempat juga membawanya di perkuburan Baqi'..

Ayah mertuaku teringin memasuki Rhaudah... namun tiap kali mahu ke Rhaudah.. orang terlalu ramai dan berhimpitan.. aku sendiri tidak membenarkan ayah mertuaku memasuki Rhaudah kerana kesihatannya kurang memuaskan... aku tidak tahu kali ini untuk memasuki Rhaudah terlalu sukar.
Lalu aku memasuki sendiri ke Rhaudah secara sendirian... Eehh!! mudah pula... aku pelik kenapa tiap kali aku mahu membawa ayah mertuaku sering menemui kesukaran lalu saat aku bersendirian di Rhaudah.. lalu aku munajat ke hadrat Allah agar memudahkan ayah mertua ku.. malah aku sanggup memberikan sebahagian keistimewaan yang Allah berikan kepadaku kepada ayah mertuaku.. aku tak dapat masuk ke rhaudah pun tak mengapa asalkan ayah mertuaku dapat memasukinya..

Alhamdulillah.. selesapas waktu Asar.. aku mendapat tanda kebenaran dari illahi untuk membawa ayah mertuaku.. sampai di sempadan rhaudah(di bahagian belakang rhaudah).. aku berkata dengan ayah mertua ku.. "Abah!.. masuk sahaja abah di dalam Rhaudah.. sudah ada tempat yang kosong di sediakan Allah buat Abah... Abah terus solat sunat 2 rakaat.. dan berdoalah didalam sujud.. jangan tamak dengan tempat yang Allah sediakan.. selepas habis 2 rakaat.. terus menuju ke makam.. saya tak boleh temankan Abah... lepas Abah solat.. saya akan masuk ke Rhaudah.. ingat yer Abah!"
Ayah mertuaku pun masuk kedalam rhaudah...

Memang benar!!! tempat abah memang dah tersedia .. tempat yang luas dan berhampiran Mihrab Rasullullah SAW... Subhanallah!!! Jika fikir dengan akal fikiran... memang tak logik tempat tersebut kosong.. tapi itulah kebesaran Allah yang mengkehendakiNya.
Selepas Abah bersolat aku pun masuk kedalam Rhaudah seperti biasa.. memang tanpa halangan.
Aku juga bersolat berhampiran Mihrab Rasulullah SAW.. aku bersolat syukur.. malah butiran manik airmataku jatuh kesyukuran.

Itulah kenangan...

Banyak peristiwa yang membuatkan aku rindu pada ayah mertuaku.

Buat pengetahuan... ayah mertuaku telah meninggal dunia di Hospital Sungai Petani pada 3 syawal.
2 bulan selepas pulang dari umrah.

Selasa, 24 Disember 2013

Assalamualaikum buat sahabat2 yang tidak jemu menunggu hasil nukilan terbaru ana di dalam ruangan sempit ini.

Perjalanan masih lagi jauh... dunia semakin hari semakin tua dan menuju kejalan akhir.
Persoalannya.. adakah kita telah persiapkan segala yang wajib untuk mengadap yang Maha Pencipta?

Aku baru pulang makan bersama sahabatku Hj Ucop di Restoran Anis Pantai Dalam.
Sudah lama tidak bertemu.. almaklumlah.. tugas dunia sering membataskan pertemuan itu berlaku.

Aku amat menyayangi sahabat2ku yang sejalan dan seiring... menyusuri liku-liku kehidupan.. mengutip bersama-sama secebis ilmu buat bekalan menuju yang khalik.

Alhamdulillah.. Abg Ngah telah menerima 2 orang sahabat baru iaitu Abg Aziz dan Abg Hamzah.. usianya dalam lingkungan 50an ke atas.

Aku pernah bertemu dengannya... sambil bersembang bab ilmu... sambil bersama-sama menyusuri pantai ilmu yang amat luas... kadangkala dapat melihat gelombang lautan ilmu yang menghempas sisir2 pantai sehingga terasa renjisan2 kewajah ini.

Mmmm... aku tidak tahu apa yang harus aku nukilkan lagi didalam blog ini...

Nasihat??? siapalah aku untuk menasihati...
Berkongsi ilmu??? Ilmu yang ada pun masih lagi tidak mencukupi..



siapalah aku untuk ini semua...

Mungkin sudah sampai masanya untuk aku bersendiri melayari lautan ilmu yang luas.
Mungkin.... tetapi.. aku harus dan wajib menyampaikan apa itu yang hak bagi mereka agar mereka tidak tersesat didalam sinar ilmu.

..........................................
...........................................
.........................................



Ilmu berlalu bagai Bayu..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.. segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi.. zat yang maha unggul yang tidak pernah berubah dan sentiasa unggul dengan sendirinya.

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menjadikan makhluk untuk tunduk dan taat padaNya..

Dan janganlah sesekali memalingkan wajahmu kehadrat Illahi setelah segala petunjuk dan hidayah yang datang menggamit segenap penjuru.. dan alangkah ruginya apabila wajah itu berpaling dari paksi kebenaran.. maka segala petunjuk dan hidayah akan berlalu bagaikan angin bayu yang menyapa sesekali.


Selasa, 7 Mei 2013

Daulah Islamiah di Bumi Malaysia.

Negara kita baru sahaja selesai demam pilihan raya yang menentukan hala tuju pimpinan Negara..
Dan akhirnya pimpinan lama juga yang kekal menerajui Malaysia.
Tahniah buat pimpinan di bawah Dato Sri Najib Abd Razak..

Namun apa yang lebih menarik didalam pilihan raya ini.. terdapat kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan.Ia bagaikan satu isyarat atau siren peringatan buat Parti Barisan Nasional yang selama ini telah begitu lama kekal di tampuk kekuasaan.
Di harap pucuk pimpinan dapat melihat dengan jelas dan mendengar isyarat atau siren dari rakyat ini serta berusaha memperbaiki jentera yang ada agar dapat memuaskan hati rakyat.

Persoalannya mengapa ini berlaku???

1. Negara selama ini banyak menekankan kemajuan negara, malah dapat di lihat bagaimana negara ini di kenali di seluruh dunia akan kepesatan pembangunannya namun dari segi kerohanian rakyat negara ini jauh ketinggalan.Lihat bagaimana pengajian agama islam di sebuah negara islam bagaikan kelas nombor 2 berbanding pengajian ilmu dunia yang lain.Pengajian pondok-pondok yang mengajar ilmu tasauf islam serta sekolah2 pengajian AlQuran (al Tahfiz) tidak mendapat tempat di hati pimpinan negara.Kita boleh lihat bagaimana ramai pelajar2 Tahfiz terpaksa mengemis memohon bantuan bagi membangunkan sekolah-sekolah Tahfiz.Ini kerana tidak adanya bantuan dari pihak berkaitan dalam hal ini.

2. Rakyat sudah muak melihat betapa anak muda tenggelam didalam dunia sosial.

3. Ketidakadilan didalam pilihanraya kali ini jelas dilihat di Internet2 secara live melalui you tube.Ini menunjukkan kelemahan SPR.

4. Betapa rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi.. nak makan di luar mahu pun restoran pun rakyat terpaksa menanggung cukai.

5. Barang atau bahan mentah naik mendadak yang menekan kehidupan rakyat.

6. Penipuan didalam perniagaan sehingga barang yang boleh di beli sekadar RM 5k menjadi RM19k...

7. Harga Rumah yang terlalu mahal.. sehingga memaksa rakyat tidak selesa serta harga tol yang tinggi.itu belum masuk harga kereta.Termasuk harga bekalan eletrik.

Kenapa ini semua berlaku??? jawapannya mudah... kita tidak mempunyai seorang pemimpin selayak khalifah-khalifah Islam yang hebat.Dimana seorang pemimpin wajib menghafal AlQuran... seorang pemimpin yang benar2 menghidupkan sunnah-sunnah Nabi... malah seorang pemimpin yang boleh menjadi imam di masjid2.

kalau ada pun yang memperjuangkan agama... ia terletak sebagai ahli pembangkang di dalam sebuah negara Islam.
Na'uzubillah....

Alangkah indahnya.. jika negara kita mempunyai seorang pemimpin yang tidak ada rasuah.. hidup dengan kesederhanaan... dan menjalankan tanggungjawab dan amanah berlandaskan AlQuran dan Al Hadith...
Kalau ini benar2 terjadi.. maka sudah pasti Daulah Islamiah di Bumi tercinta Malaysia ini akan terdiri.
atau adakah ia hanya sebuah mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan??

Walau bagaimana pun... ana tetap mendoakan agar pimpinan yang sedia ada dapat mengubah cara hidup dan melaksanakan amanah Allah ini dengan tunduk dan tawadduk.

wassalam.



Isnin, 18 Mac 2013

Assalamualaikum semua...

Syukur kehadrat Allah... sejak 2 menjak ni, kesihatan tidak memberansangkan.. alhamdulillah, hari ini kesihatan agak sihat untuk ana menukilkan tulisan2 di dalam blog ini.
Dulu pernah ana bicara tentang 2 orang pemuda yang beria-ia nak mengetahui bab ilmu hakikat malah merayu untuk belajar dari ana... Namun ana tidak nampak kesungguhan mereka malah ana pernah di fitnah oleh salah seorang dari mereka yang dulu merayu bagaikan nak rak untuk mempelajari ilmu hakikat..

Setelah Allah memberikan banyak hidayah dan petunjuk kebenaran sama ada dari pandangan zahir mahupun pandangan batin.. tiba-tiba salah seorang dari mereka berpaling..

tiada apa pun yang merugikan kecuali mereka yang teramat rugi...

seorang lagi... tidak nampak kesungguhan malah tidak langsung menjaga tertib seseorang yang yang ingin belajar dengan pembimbingnya.Ana benar-benar rasa kecewa... namun mungkin Allah telah memutuskan ujian itu untuk ana... maka ana rhedo didalam ujian yang diberikan Allah kepada ana.

Alhamdulillah salah seorang sahabat ana(zafran) semakin istiqomah didalam perjalanannya.. walau ada sedikit tempang didalam penghayatan namun secara keseluruhannya dia seorang yang istiqomah.. mungkin dia akan memahami setelah jauh didalam perjalanan nanti.

maka ana serahkan yang seorang itu kepada zafran... maka dengan ini ana tidak memikul tanggungjawab lagi untuk menyampaikan bab ilmu kepadanya.. maybe kepada sesiapa... hihihik..

lega rasanya bila dapat melepaskan beban-beban dibahu ini... walau pun ramai yang ingin belajar.. ana rasa.. ana tak mampu untuk menyampaikan... kalau ada pun.. maybe ana saring selama yang mungkin sebelum menerimanya...

setakat ini ada 3 hingga 4 orang yang memujuk ana agar mengajar... namun setakat ini.. biarlah ana sendirian menghayati sendiri..

wassalam.

Isnin, 14 Januari 2013

Pengalaman Sufi

Roh Insan adalah cahaya dan nafsunya adalah kegelapan yang membungkus cahaya itu. Kaum sufi mengadakan latihan untuk menghalau kegelapan nafsu dan memancarkan cahaya roh. Jika tumpuan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan penuh kekhusyukan disertai oleh penyerahan kepada-Nya dan penyerapan dalam-Nya dengan cara yang betul, akan muncullah daya dan upaya yang menghalau kegelapan untuk memberi laluan kepada cahaya yang terang benderang. Bila penyerapan (kefanaan) ini bertambah kuat sehingga sufi sampai kepada peringkat melupakan dirinya dan segala yang maujud, sufi itu akan lenyap di dalam penyaksian cahaya-cahaya, seterusnya dia sampai kepada matlamat dengan membawa hijab bersama-samanya.

Pada tahap ini dia sepenuhnya berada dalam kefanaan zahir dan batin. Jika selepas pengalaman fana itu penyaksian berterusan dengannya dia akan maju ke hadapan untuk melepasi peringkat fana dan mencapai baqa. Pada makam ini sufi tersebut boleh dianggap sebagai seorang wali. Sebahagian sufi yang sampai kepada makam ini kekal dalam penyerapan terhadap apa yang disaksikannya, lupa terhadap dirinya dan berterusan dalam suasana demikian sehingga ke akhir hayatnya. Sebahagian sufi yang lain melepasi peringkat tersebut, kembali kepada kesedaran keinsanan dan kehidupan dunia, lalu mengambil tugas dalam bidang dakwah, membimbing orang lain kepada jalan Allah s.w.t. Pada tahap ini batinnya tidak berpisah dengan Tuhan sementara zahirnya sibuk melayani makhluk Tuhan. Dia keluar dari bayangan dan hijab kerana cahaya roh sudah menembusi kegelapan nafsu. Bila cahaya sudah menang kegelapan akan tunduk kepada cahaya untuk berbuat ibadat dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Nafsu menjadi suci bersih, tidak lagi mengheret kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Orang yang telah mencapai peringkat di mana cahaya rohnya keluar memancar dari kegelapan nafsu dan nafsu tunduk kepada kebenaran itu layak masuk ke dalam golongan ‘tangan kanan’ Tuhan. Golongan yang kembali sedar dan mengambil bahagian dalam kegiatan kehidupan dunia ini akan dikurniakan kejayaan oleh Tuhan dalam tugasnya. Rahmat Tuhan mengalir melalui mereka kepada umat manusia.


Peringkat perjalanan sufi yang sering menimbulkan kekeliruan adalah peringkat yang ada suluk, jazbah, zauk, fana dan baqa. Di antara semua hal dalam peringkat tersebut, penyaksian kepada rupa, bentuk, warna dan cahaya merupakan perkara yang paling menimbulkan tanda-tanya.

Suluk adalah satu bentuk latihan kerohanian yang bertujuan mengosongkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan memasukkan sifat-sifat yang terpuji ke dalamnya. Berbagai-bagai jenis ibadat dilakukan semasa bersuluk. Bentuk latihan dan ibadat yang terperinci bergantung kepada perguruan tarekat masing-masing. Semasa bersuluk itu seseorang mungkin mengalami atau merasai sesuatu yang dinisbahkan kepada ketuhanan, di mana hijab terangkat dan orang yang berkenaan menyaksikan atau merasakan suasana alam ghaib. Suasana yang menguasai hati itu dinamakan jazbah dan hati yang dikuasai oleh jazbah itu dikatakan berada dalam zauk. Perkara atau pengalaman yang dizaukkan itu dinamakan hal. Jazbah itu terjadi ketika seseorang itu hilang kesedaran terhadap dirinya dan alam maujud sekaliannya. Kelenyapan kesedaran itu dinamakan fana. Seseorang itu mengalami kefanaan tatkala terbuka hal-hal ketuhanan kepada hatinya. Selepas melalui kefanaan seseorang memperolehi semula kesedaran dirinya tetapi dalam keadaan merasakan dirinya berada bersama-sama Allah s.w.t. Suasana yang begini dinamakan baqa.

Jazbah, fana dan baqa merupakan pengalaman hati, berlaku dalam alam kebatinan orang yang sedang bersuluk. Dalam keadaan demikian hati menyaksikan atau mengalami perkara ghaib. Yang disaksikan itu boleh jadi rupa, bentuk, warna atau cahaya. Walaupun yang disaksikan itu bersifat ghaib, tidak boleh dipandang dengan mata zahir, tetapi ia bukanlah Tuhan. Penyaksian tersebut tertuju kepada bentuk misal yang digubah oleh Tuhan. Bentuk misal bukanlah Yang Hakiki. Yang Hakiki tidak dapat dimisal atau digambarkan. Bentuk misal yang muncul itu bergantung kepada diri orang yang berkenaan dan apa yang dia asyikkan. Orang Hindu yang asyikkan lembu akan menemui bentuk misal lembu dalam alam kebatinannya. Orang Keristian yang asyikkan Isa al-Masih akan temui bentuk misal Isa al-Masih. Orang Yahudi yang asyikkan Uzair akan temui bentuk misal Uzair. Orang yang asyikkan dirinya akan temui bentuk misal dirinya. Bentuk misal menjadi tumpuan orang yang sedang keasyikan dan kerinduan. Seorang kekasih yang sedang keasyikan dan sangat merindui kekasihnya merasakan gambar kekasihnya yang hanya sekeping kertas sebagai kekasihnya sendiri, hidup-hidup. Gambar itu dipeluk dan diciumnya, malah dia berkata-kata dengan kertas ditangannya itu. Bentuk misal pada alam ghaib berbeza daripada gambar pada kertas yang kaku. Misal alam ghaib boleh disaksikan oleh hati. Oleh yang demikian misal alam ghaib meninggalkan kesan yang lebih kuat dan lebih mendalam kepada hati yang menyaksikannya. Orang yang sedang asyikkan Allah s.w.t, tidak ada sesuatu dalam ingatannya selain Allah s.w.t, segala keasyikan dan kerinduannya akan menjurus kepada cahaya atau misal yang disaksikannya dalam alam ghaib. Pada perasaannya apa yang disaksikannya adalah Allah s.w.t, semata-mata Allah s.w.t, tidak yang lain. Orang yang dalam keadaan demikian bukan sahaja dikuasai oleh penyaksian terhadap Allah s.w.t pada alam ghaib, bahkan pada alam nyata juga. Apa yang menyata pada pandangan zahirnya dan pandangan hatinya, baginya adalah Allah s.w.t, tiada yang lain. Bentuk ghaib dan bentuk nyata semuanya menjadi misal untuknya melihat Allah s.w.t. Pengalaman yang demikian terjadi akibat mabuk. Mabuk ketuhanan dialami oleh hati. Ia terjadi kerana insan sebagai bekas yang baharu dan lemah digunakan untuk ‘memasukkan’ Allah s.w.t ke dalamnya. Tidak ada satu pun makhluk yang mampu menanggung Tuhan. Bukit Thursina yang dihadapkan dengan tajalli Allah s.w.t telah hancur berkecai. Bukit dan tubuh manusia sama-sama disusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Jika bukit hancur berhadapan dengan tajalli Allah s.w.t, tubuh manusia juga akan hancur dalam keadaan demikian. Oleh kerana yang berlaku pada hati bukanlah tajalli Allah s.w.t tetapi hanyalah misalan yang lahir dari keasyikan dan kerinduan kepada Allah s.w.t, maka tubuh mampu bertahan dan tidak menjadi hancur. Walaupun begitu Cinta Allah s.w.t tetap memberi kesan kepada hati dan tubuh badan. Kesan kepada hati dinamakan mabuk ketuhanan. Tubuh yang menjadi bekas kepada hati yang menerima mabuk ketuhanan itu akan mempamerkan kesan tersebut seperti menggeletar, berubah warna menjadi pucat, menari, menyanyi dan lain-lain mengikut hal mabuk orang berkenaan. Cinta Allah s.w.t dan mabuk ketuhanan itu juga yang melahirkan rasa bersatu dengan Allah s.w.t. Mabuk ketuhanan dan rasa bersatu dengan Allah s.w.t terjadi ketika seseorang itu melupakan dirinya. Apabila kesedaran terhadap kewujudan diri kembali sedikit demi sedikit, rasa bersatu berubah menjadi rasa kekal bersama-sama Allah s.w.t atau baqa.

Pengalaman bersatu dengan Tuhan, sebelum mencapai baqa, menimbulkan keasyikan, mabuk dan terbalik pandangan yang menyebabkan terhijab Yang Hakiki. Penyatuan yang mabuk itu biasanya menimbulkan latah, iaitu terucap kata-kata yang menyalahi syariat. Pengalaman wahdatul wujud atau merasai satu wujud boleh menyebabkan seseorang mengingkari Sunah Rasulullah s.a.w, sedangkan Allah s.w.t memerintahkan supaya mentaati Rasul-Nya. Hanya orang yang dipimpin dan dipelihara akan tetap berada dalam sempadan syariat sekalipun mereka mengalami wahdatul wujud. Mereka yang dipelihara mengekalkan sembahyang lima waktu dan menjauhkan perbuatan dosa. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan latah. Sekalipun sufi yang di dalam mabuk terlibat dengan ucapan latah tetapi mereka tidak boleh dikutuk dan juga orang yang mendengar ucapan demikian tidak menjadikannya pegangan. Sufi yang di dalam keadaan mabuk ketuhanan dikuasai oleh perasaan cinta kepada Allah s.w.t yang bersangatan sehingga hilang kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya. Mereka berhak dimaafkan dari kesalahan mereka mengeluarkan ucapan latah dalam keadaan tidak sedar. Orang ramai yang bukan dalam jazbah, jika mengatakan demikian, beramal menyalahi syariat atau melepaskan syariat, maka mereka adalah sesat dan kufur.

Ketika dalam suasana penyatuan orang sufi tidak dapat membezakan di antara yang betul dengan yang salah, yang benar dengan yang batal, kesenangan dengan kesusahan, emas dengan pasir dan yang baik dengan yang buruk. Jika dia maju ke hadapan lagi dia akan masuk kepada peringkat di mana dia boleh membuat perbezaan di antara benar dengan salah dan baik dengan buruk. Orang sufi yang sudah masuk kepada peringkat ini, walaupun masih dikenali sebagai sufi, tetapi jalan mereka sudah berubah kepada tarekat Islam (jalan kenabian), bukan lagi tarekat sufi. Dalam tarekat Islam orang boleh membezakan Tuhan dengan makhluk, dosa dengan pahala dan sebagainya.

Perpindahan daripada tarekat sufi yang ada wahdatul wujud kepada tarekat Islam yang membezakan Wujud Tuhan dengan wujud makhluk, tidaklah membebaskan sufi daripada kesan wahdatul wujud dengan serta merta. Ketika di peringkat awal mengalami perbezaan, walaupun sufi sudah mula mengenali perbezaan tersebut, tetapi keupayaannya masih lagi lemah dan mereka masih belum mampu mengadakan pemisahan dengan jelas. Mereka masih mempercayai, walaupun sudah melihat perbezaan, bahawa perbezaan tersebut bersumberkan kepada kesatuan. Suasana yang demikian menimbulkan ungkapan: “Pandang yang banyak kepada Yang Satu” ; “Pandang Yang Satu kepada yang banyak” dan “Pandang Yang Satu kepada Yang Satu”. Bila mereka maju lagi keupayaan mengadakan perbezaan menjadi semakin kuat dan jelas sehingga akhirnya mereka benar-benar mampu mengadakan perbezaan. Pada akhir perjalanan mereka akan melihat dengan jelas bahawa Tuhan dengan makhluk bukan satu. Tuhan bukan alam dan alam tidak sedikit pun menyamai Tuhan. Tuhan melampaui segala sesuatu. Tidak ada maklumat, ibarat dan misal yang mampu menceritakan tentang Tuhan. Bila sampai kepada peringkat ini sufi telah terlepas sepenuhnya daripada pengaruh pengalaman wahdatul wujud, bersatu dengan Tuhan dan mabuk. Sufi kembali sedar dan boleh mengawal tutur katanya. Tidak ada lagi ucapan latah. Perkataan dan perbuatannya tidak lagi menyalahi syariat. Mereka kembali kepada syariat dan menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai teladan. Peningkatan tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Orang yang tidak berhenti di tengah jalan akan menemui kebenaran yang sejati di penghujung jalannya. Tarekat kesufian berubah kepada tarekat Islam atau jalan kenabian. Tidak ada lagi fahaman yang mensyirikkan Tuhan dengan bayangan, gambaran, rupa, bentuk, warna, cahaya dan sebarang misal. Fahaman dan pegangan mereka sesuai dengan ajaran al-Quran dan as-Sunah.

Pengalaman kerohanian seperti fana dan baqa, pengalaman rasa dan penyaksian kepada gambaran misal pada alam ghaib, semuanya berlaku dalam alam kebatinan atau alam perasaan sufi, bukan kewujudan yang nyata. Manusia tidak bertukar menjadi Tuhan, tidak bersatu dengan-Nya dan tidak juga kekal bersama-sama-Nya. Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba. Baik cahaya mahu pun suara yang didengar semuanya adalah gubahan Allah s.w.t tetapi bukanlah Dia. Apa juga yang disaksikan dan didengar hendaklah dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan: Kalimah Tauhid ini mestilah membawa maksud : “Tiada Tuhan melainkan Allah” bukan “Tiada yang maujud melainkan Allah”. Makhluk tetap wujud pada kenyataan sekalipun hilang pada alam perasaan sufi. Tuhan tetap Berdiri Dengan Sendiri pada makam ketuhanan-Nya dan makhluk tetap wujud dalam sempadan wujud yang Tuhan tentukan untuk mereka. Tuhan menciptakan makhluk dengan peraturan dan ketetapan bahawa tidak mungkin wujud makhluk berlanggar atau bertembung dengan Wujud Tuhan, tidak mungkin berlaku penyatuan atau perpisahan dan tidak mungkin bersamaan. Wujud makhluk tidak boleh disamakan sedikit pun dengan Wujud Tuhan.

Rupa, bentuk, misal, cahaya dan warna yang disaksikan oleh sufi hanyalah gubahan Tuhan bukan Zat Tuhan dan bukan juga Sifat Tuhan. Tuhan menggubahkan yang demikian sebagai tarikan bagi sufi untuk mengenali-Nya. Sufi yang benar akan maju terus untuk melepasi gubahan Tuhan itu menuju kepada Yang Hakiki, yang melepasi segala bentuk gubahan, maklumat, sifat dan misal. Alam Misal yang dipertemukan dengan sufi itu berperanan sebagai batu loncatan untuk sufi bertawajjuh (melonjak) kepada Yang Haq. Peranan misal tersebut samalah seperti peranan al-Quran. Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada sebahagian manusia dijadikan hujah oleh kumpulan manusia yang lain dalam mempertahankan pegangan mereka yang keliru. Manusia dari berlainan mazhab bertengkar sesama sendiri dengan masing-masing menggunakan al-Quran sebagai hujah. Bagi sebahagian manusia al-Quran mendatangkan petunjuk tetapi bagi yang lain pula digunakan untuk menyebarkan fitnah. Begitu juga keadaan misal yang dipersaksikan kepada sufi dalam alam ghaib. Sebahagian daripada mereka mendapat manfaat daripadanya dan mereka didorong oleh yang demikian untuk sampai kepada Yang Haq. Sebahagian yang lain pula tertawan lalu berhenti di situ. Orang yang berjalan terus menemui Yang Maha Esa, yang menggubah bentuk, rupa, cahaya dan warna, yang mengeluarkan semua stesen dan membimbing sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Sebelum sampai kepada Yang Hakiki apa juga yang disaksikan hanyalah bayangan, walaupun pengalaman menyaksikan ‘yang banyak pada Yang Satu’ atau sebaliknya. Nafikan segala yang datang. Ulangi kalimah: “” sebanyak mungkin sehingga habis segala penyaksian dan pengetahuan juga tidak ada lagi. Pada tahap ini sufi dikuasai oleh kehairan-hairanan, kerana apa juga yang dibina oleh pengetahuan, penyaksian, khayalan, fikiran, cita-cita dan angan-angan semuanya runtuh dan lemah longlai apabila berhadapan dengan Zat Allah s.w.t. Tidak ada apa yang boleh mengatakan atau menggambarkan tentang Yang Hakiki. Apa yang tinggal adalah kejahilan. Inilah tahap fana yang sebenarnya. Sebelum mencapai kehairan-hairanan dan kejahilan hakiki, seseorang itu sebenarnya belum lagi memperolehi fana hakiki. Jangan cepat menyangka diri sudah mencapai matlamat dan berhubung dengan Tuhan. Perjalanan masih lagi jauh.

Bukanlah pengetahuan (ilmu) dan pengenalan (makrifat) yang menandakan seseorang itu sudah sampai ke penghujung jalan. Selagi ada ilmu dan makrifat selagi itulah jalan belum tamat. Tanda seseorang itu sampai ke peringkat akhir adalah apabila tidak ada lagi pengetahuan dan tidak ada juga makrifat, kedua-duanya mengaku kalah di hadapan Allah s.w.t. Apa yang ada hanyalah kejahilan hakiki. Tidak ada lagi pendapat tentang Tuhan juga tidak ada walau satu bentuk pun pengenalan mengenai-Nya. Pada ketika itu hamba dengan segala kerendahan hatinya mengakui bahawa tidak ada sesiapa yang mampu memecahkan benteng keperkasaan-Nya yang melindungi keesaan-Nya. Pengetahuan sebenar tentang Tuhan adalah tidak tahu. Pengenalan sebenar tentang Tuhan adalah tidak kenal. Setinggi-tinggi ilmu dan makrifat yang boleh dicapai adalah pengakuan bahawa hanya Dia yang kenal Diri-Nya. Abu Bakar as-Siddik yang sentiasa benar telah mengatakan: “Maha Suci Tuhan yang tidak mengadakan jalan untuk Dia dikenali melainkan memberi kita kesedaran dan pengetahuan yang Dia tidak mungkin dikenali”.

Haruslah difahami tentang tujuan fana dan baqa. Ia bukanlah jalan untuk mendapatkan kekeramatan atau kebolehan yang luar biasa. Ia juga bukan bertujuan mendapatkan ilmu dan makrifat yang tidak ada dalam al-Quran dan tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia juga tidak bertujuan mengadakan peraturan baharu yang tidak ada dalam syariat. Fana yang sebenar adalah membuang apa sahaja yang tidak suci, bebas daripada mencintai dunia, dapat membendung fitnah nafsu. Semuanya adalah berdasarkan kehambaan kepada Allah s.w.t. Baqa sebenar adalah melakukan semua perintah Allah s.w.t, menjadikan kehendak-Nya sebagai kehendak diri sendiri tanpa perlu membuang kedirian sendiri. Fana dalam wahyu dan baqa dalam ubudiah adalah jalan yang paling benar dan paling lurus.

Bagi mencapai fana secara sufi, seseorang itu hanya perlu mengalami penyaksian yang satu, diistilahkan sebagai tauhid syuhudi. Dia tidak perlu mempercayai dan berpegang dengan fahaman satu wujud, atau tauhid wujudi atau biasa dikenali sebagai wahdatul wujud. Bukanlah mustahil bagi seorang sufi maju dalam bidang kerohanian, meningkat dari satu makam kepada makam yang lebih tinggi, tanpa dia melibatkan diri dengan fahaman wahdatul wujud atau ikut mengalaminya. Ramai sufi sampai kepada matlamat tanpa melalui pengalaman wahdatul wujud, malah tanpa pengalaman yang demikian perjalanan akan menjadi lebih teratur dan mudah. Orang yang terlibat dengan wahdatul wujud berkemungkinan besar ditawan oleh bayangan yang menyebabkan sukar bagi mereka melepasi suasana tersebut. Orang yang tidak melalui wahdatul wujud mudah sampai kepada matlamat. Golongan wahdatul wujud mengejar bersatu dengan bayangan sementara yang menolak wahdatul wujud menemui Yang Hakiki. Walaupun jalan kesufian sering dikaitkan dengan fahaman dan pengalaman wahdatul wujud tetapi perlulah diketahui bahawa ramai dari kalangan mereka yang beramal menurut tarekat sufi tetapi tidak ditarik kepada hal yang demikian. Jadi, mengikat kesufian dengan wahdatul wujud sebenarnya tidak tepat. Ia hanyalah satu kemungkinan yang ada pada jalan kesufian tetapi bukanlah kemestian. Ramai daripada kalangan sufi yang terdorong kepada wahdatul wujud akhirnya meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada jalan kenabian. Sufi yang ditarik kepada jalan kenabian memasuki jalan yang dipanggil jalan mahabbah. Kasihan belas Tuhan yang membimbing mereka untuk keluar daripada bayangan awan wahdatul wujud untuk menyaksikan Yang Haq. Sufi yang memasuki jalan mahabbah menafikan wahdatul wujud dan apa sahaja yang disaksikannya. Setelah habis yang disaksikan sufi itu masuk kepada suasana kejahilan dan kehairanan bukan ilmu dan makrifat. Tuhan tidak termasuk di dalam perbatasan ilmu dan makrifat. Setelah sampai kepada kejahilan sebenar, sekiranya seseorang itu dikurniakan pengetahuan maka itulah pengetahuan yang paling benar dan orang yang berkenaan adalah sangat bertuah. Dengan pengetahuan yang sebenar itu seseorang mengetahui bahawa Keesaan yang sebenar tidak muncul di dalam yang banyak. Pengetahuan yang sebenar mengajarkan bahawa hanya Dia yang mengenali Diri-Nya. Itulah pengetahuan yang paling benar selepas mencapai fana yang sebenar, yang diperolehi sesudah menemui kejahilan. Sebelum sampai kepada kejahilan dan kehairanan apa yang dikatakan fana hanyalah kekosongan, bukan kefanaan. Kejahilan ditemui dahulu baharulah kefanaan diperolehi.

Ada sufi yang mengatakan mereka berkata-kata dengan Tuhan dan melihat Tuhan di dalam dunia ini. Sufi tersebut adalah umpama orang yang mendengar bunyi alat muzik lalu menyangka bunyi tersebut adalah suara pemain alat muzik itu. Suara ghaib yang didengar bukanlah suara Tuhan. Itu hanyalah suara gubahan Tuhan, kerana tajalli sifat Tuhan tidak mampu ditanggung oleh manusia, termasuklah tajalli Kalam Tuhan. Kalam Tuhan tidak bersuara dan tidak berhuruf. Perkataan yang didengar bukanlah tutur-kata yang keluar secara langsung dari Tuhan sebagaimana orang bercakap. Ia adalah suara gubahan Tuhan menurut kadar kemampuan manusia menerimanya. Perkataan yang didengar itu sama dengan sesuatu yang dikelaskan sebagai hubungan yang dicipta dengan Pencipta, bukan suara Pencipta sendiri. Kalam Tuhan yang didengar oleh Nabi Musa a.s adalah dalam keadaan perkataan dengan Pencipta perkataan. Begitu juga perkataan yang diterima oleh Jibrail a.s. Perkataan Tuhan Yang Hakiki hanya didengar oleh-Nya sendiri. Apabila berhubung dengan makhluk-Nya Tuhan menggubahkan Kalam yang mampu didengar dan diterima oleh mereka. Oleh kerana perkataan demikian dinisbahkan kepada Tuhan semata-mata, bukan kepada malaikat atau lainnya, maka menafikannya adalah kufur. Kalam Tuhan merangkumi kedua-dua aspek iaitu Kalam Batin dan Kalam Yang Bersuara yang Tuhan ciptakan tanpa sesuatu perantaraan. Kalam yang begini adalah Kalam Tuhan yang sebenarnya, tetapi keadaannya haruslah difahami. Dalam perkara ketuhanan konsep nafi dan isbat tidak boleh dipisahkan. Mengenai suara ghaib yang didengar oleh orang sufi, walaupun ia dinisbahkan kepada Tuhan namun, ia tidak menyamai wahyu. Wahyu merupakan terjemahan secara langsung kepada Kalam Hakiki. Suara ghaib yang didengar oleh seseorang berhubung dengan hakikat yang menguasai seseorang itu. Perkataan demikian adalah terjemahan perutusan Tuhan yang diterima oleh Diri Batin seseorang. Suara ghaib mengeluarkan perkataan dan maklumat menurut kadar kekuatan batinnya menerima urusan Tuhan, bukan terjemahan Kalam Hakiki secara langsung. Oleh kerana kekuatan batin manusia berbeza-beza maka kedudukan maklumat yang disampaikan oleh suara ghaib juga berbeza. Ada yang menerima maklumat secara jelas dan terperinci dan ada pula yang menerimanya secara samar-samar atau dalam bentuk ibarat yang perlu ditafsirkan. Gaya bahasa yang digunakan dalam penyampaian suara ghaib juga berdasarkan kedudukan seseorang itu. Sebab itu orang yang mendengar suara ghaib menyampaikannya dalam gaya bahasa biasa. Wahyu pula mempunyai gaya bahasa yang tersendiri, tidak boleh ditiru-tiru oleh manusia dan tidak ada bahasa manusia yang mengatasi bahasa wahyu.

Sufi yang berfahaman boleh melihat Tuhan di dalam dunia ini menyamakan cahaya (nur) dengan Tuhan. Mereka percaya nur itu adalah Zat Tuhan sendiri. Anggapan demikian tidak benar. Nur Tuhan berkedudukan sebagai urusan Tuhan, sama seperti kedudukan Kalam Tuhan iaitu wahyu. Kalam Tuhan Yang Hakiki tidak boleh didengar oleh telinga zahir dan juga telinga batin. Hanya Tuhan sendiri yang mendengar Kalam Hakiki-Nya.

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik hijab atau dikirim-Nya utusan, lalu (utusan itu) mengkhabarkan dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi Maha Bijaksana. ( Ayat 51 : Surah asy-Syura )

Manusia hanya boleh berhubungan dengan Allah s.w.t hanya kerana ada ‘pelapik’ atau hijab. Manusia tidak mampu menanggung tajalli Allah s.w.t, baik tajalli Zat mahu pun tajalli Sifat. Walaupun sudah dihijabkan hanya manusia tertentu sahaja mampu menanggung apa yang datang dari Allah s.w.t. Wahyu tidak turun kepada semua orang. Wahyu hanya turun kepada golongan Nabi-nabi kerana hanya Nabi-nabi yang mampu menanggung kedatangannya. Manusia yang bukan Nabi akan hancur jika wahyu turun kepada mereka. Apa yang didatangkan kepada manusia lain sudah dihijabkan dengan hijab yang lebih tebal, menurut kedudukan seseorang itu. Baik mendengar perkataan Allah s.w.t atau melihat Allah s.w.t atau melihat Nur Allah s.w.t, semuanya adalah disebalik hijab. Kalam Allah s.w.t Yang Hakiki tidak boleh didengar oleh sesiapa pun dan Nur Allah s.w.t tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun, baik secara zahir mahu pun secara batin. Apa yang didengar dan dilihat oleh orang sufi adalah ayat-ayat atau tanda-tanda tentang Allah s.w.t tetapi bukanlah Zat Diri-Nya. Benteng keperkasaan Allah s.w.t tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun, baik secara zahir mahu pun secara batin. Suasana kerohanian yang menyentuh hati insan atau berhubung dengan alam perasaan insan dinamakan Hadrat-Nya iaitu rasa kehadiran-Nya, bukanlah Tuhan sendiri. Tuhan menyampaikan Hadrat-Nya kepada hamba-Nya sebagai jalan bagi hamba berhubung dengan-Nya. Suasana Hadrat yang menguasai seseorang hamba berbeza dengan Hadrat yang menguasai hamba yang lain. Suasana tersebut boleh berubah dari masa ke masa tetapi Zat-Nya tidak berubah.

Dari berbagai-bagai pengalaman yang dilalui oleh orang sufi, tarekat sufi boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama adalah tarekat yang terlibat dengan pengalaman bersatu dengan Tuhan dan tarekat yang kedua adalah yang membezakan Tuhan dengan hamba. Jenis pertama dipanggil tarekat sufi. Jenis kedua pula walaupun ia juga tarekat orang sufi tetapi ia dikenali sebagai tarekat Islam. Dalam tarekat jenis pertama sufi dikuasai oleh rasa kecintaan kepada Allah s.w.t yang bersangatan dan mengasyikkan sehingga apa sahaja yang selain-Nya dilupakan. Golongan yang telah membuang segala kepentingan diri sendiri dan melupakan sekalian makhluk ini layak mendapat simpati, kasih sayang dan ganjaran. Walaupun berlaku perlakuan kufur menurut syariat zahir tetapi ia terjadi bukan dalam kesedaran dan bukan disengajakan. Kufur tarekat ini berbeza dengan kufur syariat yang disengajakan dan dalam kesedaran. Kufur syariat berlaku kerana kejahilan dan keingkaran dan orang yang berkenaan patut ditentang. Perbuatan sengaja menggunakan perkataan latah yang diucapkan oleh sufi yang mabuk, sedangkan orang berkenaan di dalam kesedaran biasa, merupakan kekufuran yang nyata dan perlu ditentang dengan keras. Golongan sufi tiruan tidak boleh dibiarkan merosakkan akidah orang ramai.

Latah biasa terjadi kepada sufi yang mengalami kufur tarekat, mengalami mabuk dan tidak berupaya membezakan yang benar dengan yang batal. Bagi mereka semua perkara berada di atas jalan yang benar. Mereka tidak membezakan Tuhan dengan makhluk. Mereka mempercayai satu wujud sahaja iaitu Wujud Tuhan. Apa sahaja yang zahir mereka anggapkan penzahiran Tuhan yang tidak lain daripada Tuhan. Bila mereka benar-benar mencapai tahap bersatu dengan Tuhan dan bermukim pada kufur tarekat mereka melepaskan apa sahaja kecuali Tuhan. Mereka membuang ikhtiar memilih dan melupakan sekalian makhluk. Ucapan latah mereka merupakan luahan perasaan yang gilakan Tuhan atau mabuk ketuhanan. Ucapan yang demikian tidak boleh dipakai oleh orang lain yang di dalam kesedaran, sementara sufi berkenaan perlu dimaafkan. Tetapi jika sufi itu tidak mencapai peringkat tersebut secara sempurna, sedangkan dia masih juga mengucapkan ucapan latah yang menyalahi syariat, percaya bahawa tidak ada perbezaan di antara Tuhan dengan makhluk, baik dengan jahat, benar dengan salah, maka orang ini benar-benar kufur kerana mendustai apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w secara sedar dan sengaja. Latah boleh keluar dari mulut sufi yang benar lagi lurus, yang dikuasai oleh hal ketuhanan yang mereka tidak berupaya mengawalnya. ‘Latah’ juga boleh keluar dari mulut orang jahat lagi pendusta yang menjadi racun, menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Ramai orang yang dalam kesedaran biasa terikut-ikut dengan doktrin yang digubah berdasarkan ucapan latah orang sufi. Akibatnya mereka merosakkan agama sendiri dan masuk kepada kesesatan. Sufi yang benar walaupun terlibat dengan ucapan latah yang menyalahi syariat namun, mereka teguh melaksanakan peraturan syariat seperti sembahyang lima waktu, sekalipun mereka dikuasai oleh mabuk. Seorang sufi besar yang terkenal dengan mabuk, Abu Mansur al-Hallaj, walaupun dikuasai oleh mabuk dan terlibat dengan ucapan latah, beliau kuat mengerjakan sembahyang. Beliau biasa mengerjakan sembahyang sunat 500 rakaat sehari semalam.

Sufi yang dikurniakan tarekat Islam selamat daripada suasana mabuk dan latah. Mereka menuruti jejak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan batin dan mengamalkannya dalam kehidupan zahir. Dalam tarekat Islam ada pengalaman perpisahan dan perbezaan di antara Tuhan dengan hamba, selepas peringkat penyatuan. Sufi kembali menyaksikan perbezaan di antara yang benar dengan yang salah, baik dengan jahat. Sebenarnya tarekat Islam itu sendiri merupakan sebahagian daripada syariat Islam yang sempurna. Tarekat adalah sebahagian daripada syariat bukan sesuatu yang berasingan. Berlainan istilah digunakan bagi membezakan syariat pada zahir dengan syariat pada batin atau antara Hakikat Syariat dengan keadaannya yang zahir. Lebih tidak mengelirukan jika digunakan sahaja istilah syariat zahir dengan syariat batin yang berkumpul sebagai syariat yang sempurna. Memanggil syariat zahir sebagai syariat dan syariat batin sebagai tarekat mudah menimbulkan kekeliruan dan membuka jalan kepada sufi tiruan menabur fitnah dan syak wasangka dalam hati orang yang jahil.

Sufi yang dalam keasyikan dan mabuk adalah umpama seorang bayi yang dijaga sepenuhnya oleh ibunya. Ibunya menyayangi dan melindunginya. Si bayi boleh membuang air besar dan kecil di merata tempat, ibunya tidak akan marah. Tidak ada beban yang diletakkan oleh si ibu kepada bayinya. Apa juga yang si bayi lakukan si ibu menerima dengan penuh kasih sayang. Si ibu memperakui bahawa si bayi tidak berupaya menjaga dirinya sendiri. Bila si anak itu sudah baligh, kasih sayang dan perlindungan ibu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus berkelakuan sebagai bayi. Dia sudah bertanggung-jawab memikul beban dirinya dan tertakluk kepada peraturan dan adab sopan.

Orang majzub dijaga sepenuhnya oleh Tuhan. Tuhan murka kepada sesiapa yang menyakiti orang majzub. Biasanya orang yang menyakiti orang majzub menerima balasan dengan segera. Perkataan orang majzub biasanya menjadi kenyataan. Keadaan yang demikianlah menyebabkan orang ramai yang berminat dengan aliran tarekat tasauf menganggap orang majzub sebagai orang keramat. Sebenarnya kekeramatan bukanlah milik seseorang. Ia adalah hak Tuhan yang dizahirkan dalam melindungi para pencinta-Nya yang tidak berupaya melindungi diri sendiri. Setelah ahli majzub kembali sedar, maka bakat dan keupayaan dirinya kembali berfungsi dan fenomena kekeramatan jarang atau pun tidak lagi berlaku pada dirinya. Dia menyelesaikan sesuatu perkara dengan menggunakan bakat kemanusiaan biasa tanpa melalui kekeramatan.

Rabu, 26 Disember 2012

Beza yang berguru dan yang tidak berguru

Assalamualaikum wbt buat semua sahabat yang tidak jemu meneruskan perjalanan hidup ini..
perjalanan hidup ini ibarat kembara kita selagi hayat dikandung badan.

ana teringat kata-kata Syaidina Ali r.a.,
"Barang siapa yang belajar tanpa bimbingan seorang guru(syeikh) seumpama ia belajar dengan bimbingan syaitan"

“Barang siapa yang menuntut ilmu tanpa bimbingan Syekh (Guru Mursyid) maka wajib setan Gurunya” (Abu Yazid al-Bisthami).

Apa bezanya belajar dengan seorang guru dan belajar tanpa guru?

terlalu banyak bezanya... memandangkan zaman kini adalah zaman alam maya... zaman cyber... zaman teknologi maklumat.. maka ilmu pengetahuan ibarat cendawan tumbuh di pagi hari...
segala-gala maklumat ada di hujung jari anda.. maka dengan ini ramai akan lupa fitrah asal manusia apabila mendapatkan ilmu..

Dulu.. atok-atok kita berguru punyalah susah bebeno.. masuk kampung,masuk hutan,merempuh bukit bukau,gunung ganang, merentasi laut yang bergelora semata-mata mahukan secebis ilmu dunia dan akhirat.
Malah terpaksa menggunakan isim-isim(doa) tertentu bagi mengekalkan focus kehadrat ilahi..
dan mereka amat menghargai ilmu-ilmu yang mereka miliki.. bagi mereka ilmu yang mereka dapat ibarat mutiara yang amat berharga... berbanding kini ilmu boleh didapati di hujung jari anda.. dan ilmu itu ibarat tiada harga kerana mudah dapat dan mudahlah hilang.

apabila ilmu semudah ini maka bermulalah era manusia berguru tanpa guru yang benar2 mursyid.. kerana guru mursyid mereka adalah monitor,gadget2,handphone dan sebagainya.

Inilah masalahnya zaman kini...
Ilmu hakikat yang dulunya betapa sukar atok2 kita mempelajarinya mudah didapati lewat alam maya ini.. namun kualitinya jauh berbeda...

orang kini boleh membicarakan bab ilmu hakikat tanpa bukti yang nyata berbanding orang dulu bicara dengan bukti yang zahir dan nyata.orang kini bicara ibarat tin-tin kosong dan mendabik dada bahawa merekalah yang terlebih tau bab-bab hakikat walau pada hakikat sebenarnya jauh dari pemahaman hakikat itu sendiri.

Maka benarlah sabda Rasulullah SAW " zaman akan datang di mana pemuda-pemudi boleh bicara ilmu agama namun apa yang di bicarakannya adalah kosong dan pemuda pemudi boleh membaca alquran dengan lancar namun tidak tau apa yang dibacakannya"

Apa yang ana nak tekankan disini,betapa pentingnya kita berguru dengan seorang guru yang mursyid..
kerana kita ada tempat rujukan berbanding orang yang merujuk kepada buku2 atau alam maya.
setiap penulis mempunyai pendapat berbeza didalam bentuk penulisannya namun tidak semua pembaca boleh memahaminya sebaik penulis yang menulis malah ada yang terlari fakta dari apa yang penulis mahu sampaikan... inilah yang bahayanya berguru tanpa guru.

Ada orang berkata dengan ana " Ya syeikh!!! ana tak berguru pun.. ana tau bab ilmu ni ya syeikh!! ana berguru directly dengan Allah... bukan dengan guru.. kerana guru2 tersebut pun dapat directly dengan Allah"

Secara ilmiahnya semua ilmu adalah milik Allah.. ini tiada siapa yang boleh menyangkalnya.Namun barang di ingat... Allah telah jadikan satu sistem terhadap semua makhluknya.
Rasulullah SAW telah di ajar melalui perantaraan Malaikat Jibrael A.S. lewat wahyu-wahyu yang disampaikan.

Belum ada manusia awam yang dapat directly dari Allah kecuali berguru terlebih dahulu.Setelah melalui proses perguruan barulah mereka memahami dan dapat membezakan yang haq dan yang bathil.

Kenapa harus berguru?

Kita harus berguru untuk mendalami ilmu hakikat kerena dengan berguru barulah kita dapat bezakan yang mana bathil dan yang haq.
Guru adalah tempat rujukan bagi membezakan yang haq dan yang bathil kerana alam-alam selain zahir ini terlalu kompleks dan halus untuk di perhalusi penghayatannya.

Dengan berguru kita dapat bezakan ilham dan bisikan syaitan.

Ingat!!! syaitan itu bisa aja berbicara tentang ilmu tauhid kerana ia juga adalah golongan ahli ibadah ketika zaman sebelum hadirnya manusia.

Inilah yang di takuti oleh para ulama' terdahulu berkenaan masa depan kita zaman ini.

Setelah dapat memahami dan dapat membezakan yang hak dan yang bathil, barulah seseorang itu bebas didalam penghayatan ilmu hakikatnya.

semoga kita semua dapat hidayah lewat penulisan ini... renung2kanlah.. yang benar itu dari Allah dan yang tidak benar itu adalah dari kekhilafan kita sendiri.

Wallahu alam.

Isnin, 12 November 2012

Syawal kembali lagi

Salam Syawal..

Rhamadan telah kita lepaskan dengan berat hati dan berusaha berdoa agar menemui rhamadan di tahun yang akan datang... dan syawal kembali lagi...


Takbir raya berkumandang saat selesai Maghrib di Rhamadan terakhir.Aku menyambut di kampungku Muar Johor.
Memang cukup meriah walaupun sederhana.Solat idulfitri di Masjid kampung.Bermaaf-maafan di pagi raya.. dan berselawat bersama2 keluarga.cukup menyebakkan hati.

dan seterusnya menziarahi keluarga dan akhirnya petang raya pertama aku memandu kereta menuju utara.. transit sat di Semenyih.pagi raya kedua meluncur ke Sik Kedah bersama anak dan isteri.

dah lama tak menziarahi Pak Teh di Kedah.Sejak arwah Wan Kota meninggal dunia aku jarang menjejakkan kaki di kota kuala muda... dan akhirnya aku terpanggil utk menziarahi kubur Wan Kota..

di rumah Pak Teh secara kebetulan bertemu muka dengan Pakcik serta familynya.. cukup meriah dengan sembang politik.. hihihi..
Raya tahun ni sederhana namun tetap meriah.

Rhamadan yang lepas sempat gak bermuzakarah walaupun sekali di sepanjang Rhamadan.

Muzakarah di Kajang

Muzakarah di rumah kakcik

Mlm sabtu kami bermuzakarah di rumah kakcik.Abg Maskor,rosli dan abg mus join sekali.
kami membicarakan bab solat.. alhamdulillah banyak yg dapat di perhalusi.

Khamis, 25 Oktober 2012

Ujian itu nikmat

Firman Allah " Tidak akan dikatakann seseorang itu beriman selagi tidak di uji"

Untuk membuktikan kita ini beriman dan bertaqwa disisi Allah, sudah tentu kita akan di uji terlebih dahulu.Ujian2 ini wajib dilalui manusia bagi membuktikan keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah.

Apabila di uji.. adakah kita mampu menyelesaikan setiap ujian2 tersebut?
Allah itu maha adil dan saksama.. DIA akan memberi ujian kepada hamba-hambaNya yang layak di uji mengikut ketetapan2 yang telah di tentukanNya.

Kelemahan manusia adalah bisikan2 Iblis/syaitan/nafsu yang ada pada diri masing2.
Sering kali manusia itu gagal didalam ujian bukan kerana manusia tidak mampu mengharungi ujian2 Allah.. tetapi tewasnya manusia itu adalah kerana mudah terpedaya dengan bisikan2 halus yang hadir pada hati mereka.

Ketika perang Badar berakhir maka datanglah seorang sahabat Nabi lalu berkata kepada Nabi Muhammad SAW.." Ya Rasulullah!, adakah peperangan yang lebih hebat selepas dari peperang badar ini?"
Maka Rasulullah SAW menjawab "Ada ya sahabatku!"
"apa kah di wahai Rasulullah?"
"peperangan yang hebat adalah jihad didalam diri kamu sendiri"..

Maka jihad didalam diri ini adalah satu peperangan yang lebih hebat dari peperangan dunia 1 mahupun ke 2 atau yang bakal berlaku peperang dunia ke 3.

Mengapa begitu?
kerana selagi manusia tidak dapat mengawal dirinya maka peperangan di dunia pasti tidak dapat di elakkan.
peperangan dunia terjadi kerana kegagalan manusia berjihad didalam dirinya.
Subhanallah!!

Jadikan setiap ujian itu satu nikmat.apabila kita mendapat ujian dan tukarkan ujian itu satu nikmat maka kita pasti akan sentiasa berada didalam golongan orang2 yang bersyukur serta rhedo.

wassalam.


Rabu, 26 September 2012

Ziarah Bonda

20/09/12 Jam 8 malam di Restoran BRJ Alam Damai

Hari tersebut aku bagaikan digerakkan untuk bertemu teman baikku Syeikh Rosli bersama jirannya Abg Aziz.

Malam jumaat.

Kelihatan Syeikh Rosli bersama jirannya menuju meja makan diluar restoran mamak.
Jirannya melemparkan senyuman dan aku bersalaman dengan Syeikh Rosli.
Jirannya tiba2 berkata pada Syeikh Rosli " aku suka cara kawan kau ni, brutal dan relaks serta bersahaja jek.. "
Aku sekadar tersenyum melihat gelagat Abg Aziz(jiran Syeikh Rosli)
"Kau ni.. dah tak goyang dah.. tapi masih jauh.. kalau kau buat wirid 2 jam.. aku ingat kau ni cepat sampai.."
kata2nya ditujukan kepadaku.

Aku tetap tersenyum dan mendengar celotehan Abg Aziz.
setelah puas dia berkata dan mendiamkan diri, aku pun mula menyoal dengan satu soalan bonus dan mudah.

"Mmmm.. tadi abg kata saya perlu wirid/zikir? semua orang boleh berzikir dengan lidah dan bertalik kehati.. tetapi tidak ramai yang dapat mendalilkan zikirnya dalam bentuk penzahiran.. sedangkan Allah berfirman berkenaan diriNya iaitu 'wa awallu wa akhiru,wa zahiru wa bathinu' dimana dialah yang awal,dialah yang akhir,dialah yang zahir dan dialah yang batin.... jadi persoalannya... ketika abg berzikir didalam mengingatinya.. for example.. zikir itu seperti kalimah subhanallah(Maha Suci Allah).. berjuta kali pun kita mengucapkan dgn lidah zikirullah.. Allah itu tetap suci.. jadi bagaimana abg nak dalilkan Allah itu benar2 suci didalam keadaan zahir?"

Abg Aziz terdiam.. "berat juga ni.. soalan kau ni menggegarkan diri aku lah.."

Aku tersenyum..

Malam itu banyak yg kami perbicarakan sehingga jam hampr 3 pagi.. baru aku pulang.


21/9/12

Aku Urgent Leave.. balik kampung melawat bonda tersayang.
sampai kampung dalam jam 4 petang. Abg Uda menyambut kepulanganku.Ada Kak Long dan Kak Uteh.
Aku terus berjumpa Mak yang sudah nampak uzur.Batuknya masih belum hilang.Demam.
Aku cuba tarik panas Mak masuk kedalam tubuhku.. Alhamdulillah.
Tapi panas mak akan datang balik.Lastly aku pula yg kena recover diri aku sendiri hehehe.

Maghrib kami berjemaah yang mana Abg Uda selaku imam. Seronok apabila berjemaah bersama adik beradik yang telah sekian lama tidak dilakukan.
Mak tersenyum gembira apabila mendengar anak2nya berjemaah.

Esoknya pula Abg Adam pula jadi Imam.. Subhanallah.. Berimam dengan Abg Adam mengingatkan aku Arwah Abah kerana gaya bacaan A.Adam persis Arwah Abah.Dan solat Isyak aku pula jadi imam..

25/9/12
jam 9 mlm aku bawa anak isteriku balik ke Muar kerana Mak dimasukkan kedalam hospital Muar.
Aku sayu melihat mak yang di masukkan air.Aku sampai ke Hospital jam 11:30mlm.
Mak tersenyum melihat aku.. Aku suka melihat senyuman Mak.
Mak banyak memberikan aku nasihat ilmu perjalanan hakikat.
Mak!! anak mak ini dah rhedo dengan ketentuan Allah..

wassalam.

Rabu, 15 Ogos 2012

Nukilan Sajak

Yang ku nafi ilusi insani
Yang ku isbat jiwa robbani
Yang tercela nafsu haiwani
Yang terpuji syuhud tauhidi.

Hina celaka nafsu ammarah
Tiada disembah melainkan hawa
Hayat terpisah jasad merana
Tersangka panas petir memanah.

Mulia agung nafsu mutmainnah
Tiada dipegang melainkan hauqolah
Nafas dihirup dari yang satu
Kerna yang ada hanya itu.

Bingung minda sang lawwamah
Mendaki gunung sambil meraung
Ingin mengenal rahsia sang pencipta agung
Apakan daya jiwa lesu dan lemah.

Pabila memegang tanpa tangan
Pabila berjalan tanpa kaki
Pabila bertafakkur tanpa otak
Pabila merasa tanpa lidah
Kala itu kalbu merindu.

Yang dinafi dan diisbat hanya satu
Tiada yang maujud melainkan cinta nan padu
Molek amal cantik iman
Natijah wujud hakiki nan ihsan

Isnin, 16 Julai 2012

Umrah 2012

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana ana telah selesai menjadi tetamuNya pada tahun ini. Segalanya berjalan lancar.. Banyak yang ana pelajari dari Umrah kali ni... subhanallah!!! apa yang di rancang selalunya tidak akan menjadi.. tetapi penyerahan tetap diteruskan.. kerana perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Ujian Di Madinah.. Ana membawa 2 orang sahabat yang bersungguh2 untuk mengetahui ilmu hakikat.. background depa pun bagus2.. namun Allah lebih maha mengetahui apa yang ada di hati mereka.. Senario sebelum ke tanah suci.. depa berdua telah diberi pelbagai petunjuk dan hidayah dari Illahi.. namun apabila sampai di tanah suci hanya seorang sahaja yang dapat mengekalkan niat di hati sedangkan seorang lagi telah menimbulkan fitnah yang besar buat ana.. masya'allah.. Walau bagaimana pun ana bersyukur kehadrat illahi dan ana serahkan segala2nya pada illahi kembali.. sesungguhnya itu semua adalah ujian buat ana. apa yg terjadi hanya menguatkan keimanan ana didalam 'illahi anta maqsudi, wa rhedoka mathlubi..' di Mekah ana banyak habiskan waktu dengan membaca kitab suci.. banyak yang ana dapat pelajari didalam bentuk penyerahan kehadrat illahi. subhanallah!! subhanallah!!subhanallah!! Umrah kali ini, didalam Tahzan.. banyak yang ana perolehi.Alhamdulillah!! wassalam.

Isnin, 26 Mac 2012

AlKisah

Assalamualaikum buat Umat Muhammad yang dikasihi Allah..

sudah lama jari ini tidak menari di atas keyboard.. so hari ni saya ambil sedikit masa yang terluang untuk mencatatkan sedikit sembang diruang ini.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah.. didalam ujian2 yang diberi oleh Allah.. ketenangan masih lagi tersemat... Subhanallah!!!

Insya'allah pada bulan Jun nanti saya akan berangkat ke Kota Madinah lagi.. betapa rindu pada kota yang ibarat kampung halaman saya itu... rindu untuk bersua dengan Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita umatnya..

Bukan mudah meniti titian sirat di dalam kenyataan yang bernama kehidupan ini..
selalu khilaf yang kita dapat dari kebenaran yang dijunjung..

walau bagaimana pun.. usaha,doa dan tawakal itulah senjata bagi orang mukmin.
semakin lama meniti perjalanan kerohanian ini.. semakin kurang untuk kita berbicara..
melihat,mendengar dan melaksanakan dengan kudrat serta iradat bukanlah sesuatu yang enteng dari berbicara..

ramai orang mudah berbicara tetapi dari perlaksanaannya agak kurang..

kali ini saya akan ke kota madinah dan seterusnya ke kota Mekah bersama seorang sahabat yang baru pertama kali akan menjejaki tanah suci.. semoga Allah memudahkan perjalanan kami nanti.. insya'allah.

cukuplah buat masa ini.
wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran