Isnin, 21 Julai 2014

Selesai sudah Umrah pada tahun 2014 ni..

Bersama dengan isteri tersayang serta seorang anak dan ibubapa mertua memang satu kenangan yang amat manis.

Ziarah ke Makam Rasul SAW kali ni, banyak meninggalkan satu nostalgia indah..

Mekah dah banyak yang berubah wajah... tidak seperti tahun pertama aku menjejakinya..
Dulu tiada bangunan tinggi dan hotel umpama jalan-jalan di lorong2 berbatu.Tapi kini tiada apa lagi itu semua.. Hotel-hotel menjulang langit terutama hotel2 yang berada berhampiran Kaabah seperti di zam2 tower.

Malah jika lihat dari jendela hotel.. Kaabah pula menjadi kecil.. maka benarlah sabda2 baginda Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW bahawa Mekah di zaman akan datang penuh dengan bangunan pencakar langit.Subhanallah!!! adakah ia tanda2 kiamat semakin hampir???

Ayah Mertua yang teristimewa.

Ayah Mertua ku Hj Ismail Hj Taib seorang yang penyabar dan lurus orangnya.
Mungkin dia sering salah sangka dengan ku kerana perwatakkanku bukanlah seperti orang yang pakai serban hihihiik..
Tapi bila bicara bab ilmu agama.. aku seolah-olah tahu itu dan ini.. bila bab khilaf.. sering aja aku orang yang alpa.. kerana perwatakkan aku sendiri berlawanan dengan perwatakkan orang yg mengaji ilmu agama... namun itulah hakikatnya.

ayah mertuaku duduk satu bilik hotel denganku.. sementara isterinya berada di bilik lain..
Sewaktu berada bersamaku.. ayah mertuaku sering melepaskan atau meluahkan perasaannya kepadaku tentang anak2... dan akulah menjadi pendengar yang setia.

Di Madinah.. aku sering membawa ayah mertuaku yang ku anggap seperti ayah kandungku ke Masjid Nabawi.Mungkin ibadah umrahku kali ini berliku berbanding dengan umrah yang biasa aku lakukan di tahun2 yang lalu.Dengan Visa yang lambat serta penundaan tarikh pergi serta pertukaran penerbangan cukup menguji kesabaranku.Namun aku tetap yakin dengan Allah yang telah mengaturkan perjalanan yg terbaik buatku serta keluarga.

Aku banyak mengajar ayah mertuaku di Madinah.. dan sempat juga membawanya di perkuburan Baqi'..

Ayah mertuaku teringin memasuki Rhaudah... namun tiap kali mahu ke Rhaudah.. orang terlalu ramai dan berhimpitan.. aku sendiri tidak membenarkan ayah mertuaku memasuki Rhaudah kerana kesihatannya kurang memuaskan... aku tidak tahu kali ini untuk memasuki Rhaudah terlalu sukar.
Lalu aku memasuki sendiri ke Rhaudah secara sendirian... Eehh!! mudah pula... aku pelik kenapa tiap kali aku mahu membawa ayah mertuaku sering menemui kesukaran lalu saat aku bersendirian di Rhaudah.. lalu aku munajat ke hadrat Allah agar memudahkan ayah mertua ku.. malah aku sanggup memberikan sebahagian keistimewaan yang Allah berikan kepadaku kepada ayah mertuaku.. aku tak dapat masuk ke rhaudah pun tak mengapa asalkan ayah mertuaku dapat memasukinya..

Alhamdulillah.. selesapas waktu Asar.. aku mendapat tanda kebenaran dari illahi untuk membawa ayah mertuaku.. sampai di sempadan rhaudah(di bahagian belakang rhaudah).. aku berkata dengan ayah mertua ku.. "Abah!.. masuk sahaja abah di dalam Rhaudah.. sudah ada tempat yang kosong di sediakan Allah buat Abah... Abah terus solat sunat 2 rakaat.. dan berdoalah didalam sujud.. jangan tamak dengan tempat yang Allah sediakan.. selepas habis 2 rakaat.. terus menuju ke makam.. saya tak boleh temankan Abah... lepas Abah solat.. saya akan masuk ke Rhaudah.. ingat yer Abah!"
Ayah mertuaku pun masuk kedalam rhaudah...

Memang benar!!! tempat abah memang dah tersedia .. tempat yang luas dan berhampiran Mihrab Rasullullah SAW... Subhanallah!!! Jika fikir dengan akal fikiran... memang tak logik tempat tersebut kosong.. tapi itulah kebesaran Allah yang mengkehendakiNya.
Selepas Abah bersolat aku pun masuk kedalam Rhaudah seperti biasa.. memang tanpa halangan.
Aku juga bersolat berhampiran Mihrab Rasulullah SAW.. aku bersolat syukur.. malah butiran manik airmataku jatuh kesyukuran.

Itulah kenangan...

Banyak peristiwa yang membuatkan aku rindu pada ayah mertuaku.

Buat pengetahuan... ayah mertuaku telah meninggal dunia di Hospital Sungai Petani pada 3 syawal.
2 bulan selepas pulang dari umrah.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran