Selasa, 19 Julai 2011

Pengalaman

2 minggu sebelum aku tunaikan Umrah untuk tahun 2011, aku di uji Allah.
Ujiannya adalah aku di timpa satu penyakit seperti angin pasang..
Betapa sakitnya hanya Allah yang tau... dalam jam 2 pagi aku ke Klinik dan ambil ubat penahan sakit serta saraf.Esoknya aku buat temujanji dengan pakar bedah.. Dijangka aku akan buat operation 2 hari selepas perjumpaan.(aku jumpa doktor pada hari Sabtu pagi) bermakna aku akan buat operation pada hari Selasa.
Namun Allah telah mengaturkan perkara yang lain buatku.Hari Ahad aku menghubungi sahabat aku dan mengaturkan satu perjumpaan bertemu dengan pakar urut urat saraf.

Yups.. pakar urat saraf(tukang urut)..
Mengapa Allah menemukan aku dengannya?? setiap apa jua perkara yang berlaku pasti bersebab.. maka bertambahlah teman ilmu aku..

dari Abg Lan.. aku dapat sedikit ilmu Allah.. dari pengamatan aku.. ilmu Allah itu terlalu luas untuk diterokai.. lagi jauh kita mendalami lagi bertambah ketidak upayaannya kita dan takjub dengan kebesaranNya..

2 kali aku berurut dengannya.. walau pun penyakut itu tidak pulih sepenuhnya.. at least aku dapat tunaikan umrah dengan selesa.. insya'allah.

15 Rejab satu tarikh keramat buat ku.. pagi 15 Rejab itu adalah bulan gerhana penuh.. dan tarikh itulah aku akan berangkat ke Manama Bahrain dan seterusnya ke Jeddah.. Bukan mudah nak menjadi tetamu Allah... Betapa kerdilnya aku disisi Mu Ya Allah!!.

Ujian bertalu-talu datang padaku sebelum aku berangkat ke Kota Suci itu.
Ditambah ujian yang paling tragis bagiku adalah dari saudaraku sendiri.. saudara yang paling aku sanjungi dan sayangi.. dan dari saudaraku inilah aku menyelusuri apa yang namanya Ilmu.. sehinggalah aku berdiri seperti ini..

Walau apa pun fitnah yang melanda diriku.. yang terpenting adalah keyakinanku pada Tuhanku tidak pernah padam.. Allah itu lebih Maha Mengetahui dari makhlukNya.
Walau pun sebagai manusia, perasaan terkilan itu masih ada dibenakku..
Alhamdulillah sokongan dari ahli keluarga yang lain itu telah memberi tonik pada diri ku...

Dan akhirnya pesawat ke Manama mula bergerak.. dan aku melihat bumi Malaysia dari dalam pesawat.. aku tinggalkan bumi Malaysia ini dalam masa 2 minggu untuk aku melepaskan kerinduan terhadap tanah kelahiran Rasullullah dan tanah dimana Islam itu mula bercambah.

aku transit di Manama dalam masa 3 jam.Perjalanan dari KLIA ke Manama sahaja memakan masa 8 jam.dan setelah transit aku dan yang lain2 mula memasuki pesawat seterusnya untuk ke Jeddah.

Di Jeddah kami menaiki Bas menuju ke kota Madinah yang memakan masa hampir 6 jam. Kami sampai ke Madinah pada waktu subuh.Alhamdulilah kami sempat solat subuh di sana.
setelah solat subuh aku melepaskan rinduku di kota madinah ini. Aku membaca surah Muhammad di dalam Masjid Nabawi..

banyak pengalaman aku dan teman2ku serta isteri tersayang.. namun biarlah pengalaman itu tertanam dihati ini sahaja.

cuma apa yang ingin aku berkongsi disini sebagai peringatan kita bersama .. maka ingatlah.. sejauh mana pun kita diterima Allah dan diangkat kemuliaannya sebagai khalifah.. kita ini tetap hamba.Kehambaan itulah yang membawa kita lebih memahami perjalanan ilmu yang sulit dimengertikan.Dan apabila kita sedar bahawa kita ini hamba maka jalanlah dengan ketundukan dan ketakwaan.

Belajarlah menerima apa yang Allah anugerahkan kepada kita itu dengan hati yang tulus ikhlas tanpa ada perasaan cemburu pada orang lain.Dan bersatulah kalam2 itu didalam satu musyawarah atau pun muzakarah bagi menvcari titik jawapan yang satu tanpa ada salah menyalahkan.. kerana ilmu yang kita miliki ini bukan ilmu kita.. tetapi Ilmu Allah SWT.. walau pun hebat pun kita menyaksikan kebesaran Allah, ia tidak bermakna kita ini sudah sempurna.. dan jangan sesekali mengambil tempat dan menyatakan kita ini sudah diterima Allah dengan penuh kebongkakan.. Na'uzubillah..

Kita ini di perintahkan Allah untuk hadir di bumi bertuah ini kerana ada tugas masing-masing yang harus kita jalankan dengan penuh ketaatan dan ketakwaan.Dan selagi kita berada di bumi bertuah ini.. maka belajarlah ilmu yang Allah anugerahkan kepada kita dan wajib kita menggalinya.

sekian wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran